Pages



Bila kawan-kawan saya tengok gamba saya, mereka semua kata saya dah tembam
Mula-mula tak ambil kisah sangat bile seorang dua mengatakan saya dah tembam
Tapi bile mereka buzz kat ym semata2 nak bagitau saya dah tembam, so maknanya saya memang tembam

Timbang berat badan..erm ok la..naik 2 kg
Badan tak bape naik tapi pipi pulak yang naik...hikssss
Mungkin hati gumbira sebab tak payah fikir perkara-perkara yang menyemakkan kepala
Makan pun berselera aje tapi tetap dengan tapau nasi separuh


Semoga berkekalan tembam saya ni sebab kalau jumpe kawan-kawan
Asyik la dengan pertanyaan "bila nak gemuk ni"


Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang
Macam mana boleh hilang ni..cari punya cari tak jumpa2..yg peliknya adik badik aku yg lain ade je padahal mak aku cakap letak kat satu tempat

Apa yang hilang? Sijil lahir aku daaaa..adeihhh malas betul nak pegi JPN ni..kene apply cuti la nampaknya..pegi JPN kajang je la...dekat je..


lepas ni apa lagi yang hilang pun aku tak tau la
Kaki kiri aku sakit lagi...uwaaaaaaaaaaaa
setelah lama tak sakit, bangun pagi tadi aku rasa macam kebas2 kaki kiri, nak berdiri pun tak boleh, tapi aku kene datang juga keje sbb ade isu yang patut aku selesaikan hari ni juga..kalau tak sure aku dah mc harini..nak jumpa ke tak ye doktor tu..ermmm mesti dia tanya aku ikut tak apa yang dia sarankan..masalahnya aku dah lupa apa yang dia cakap aku kene buat dan apa yang patut aku tak buat..yang pasti memang aku kerap juga minum air berais ni..huhuhu

malam ni kalau tak ok juga lagi kaki aku ni..esok aku mc arr...kebetulan bos aku takde..oustation seminggu..hehehe..adoi adoi adoi kaki aku sakit balik....makkkkkkkk (macam budak2 panggil mak)

pada yang tak tau lagi kenapa kaki kiri aku sakit, sebab dulu masa sekolah aku sangat aktif bersukan (merentas desa, 100m, 200m, lompat jauh, hoki, bola tampar)..dan maybe kaki ni sakit sbb penah kene rembat dengan kayu hoki dulu kot..so paham2 jela kan..dan aku juga penah jatuh moto yang takde sapa pun tau walaupun mak ngan ayah aku...huhuhu (takut nak bgtau sebenarnya)





13 Jun 2009 - Tarikh persandingan ex bf aku..dengan sapa pun dia berkahwin, walau apa pun jua yang dia lakukan, aku doakan la semoga dia bahagia hendaknya walaupun hakikatnya aku tau yang dia tak bahagia dengan keadaan sekarang..nak menyesal pun tak guna..benda dah lepas dah tak boleh nk putar balik..walau mcm mana aku usaha sekalipun hubungan aku dengan dia, kalau jodoh takde, memang tak kemana

Aku terima hakikat tu dengan lapang dada walaupun satu tika dulu aku tersangat geram la dengan layanan dia pada aku, dengan keputusan dia memutuskan hubungan kami semata2 mengikut kehendak org tua dia la kononnya, ah malas la nak pikir buat sakit hati aku je..3 tahun bukan satu masa yang singkat pada aku..walaupun dia mengatakan seribu kali dia tak bahagia dengan apa yang akan berlaku sekarang, aku nasihatkan juga dia banyak bersabar dan terus berdoa agar semua berjalan lancar

Bile orang bertanya, aku nak datang ke kenduri dia? Mestilah aku datang sebab dijemput..takde sebab aku tak datang sebab dia adalah masa lalu aku..tak kose aku nak marah2 sebab benda tu pun dah lama jadi..


Selamat bakal menjadi pengantin baru...



Ingin aku bertanya
Tidak jemukah kau mencuba
Ingin terus menggoda
Melempar kata-kata cinta

Masih aku bertahan
Ku tak semudah kau fikirkan
Namun tidak kau bosan
Selalu mahukan perhatian

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Ingin aku hargai
Kesanggupan kau menantiku
Ingin juga ku balas
Perasaan kasih ku lafaz

Masih lagi ku cari
Jika ada cinta di hati
Namun tidak ku temu
Rasa cinta di jiwa ku

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Hentikan saja mengekoriku
Setiap masaalah dan ku tak kau hirau
Tiada cara bisa ku ubah
Kerna tak mudah untuk dikau menyerah kalah

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh No!
Cuba kau memaksa
Apa kau gila!



Komen : Lagu ni memang rancak..best sangat
Sakit kepala la hari ni..rasa tak tertahan plak..nak telan panadol tak tertelan dari tadi..masuk dlm mulut keluar balik masuk lagi tak tertelan..adeihhh susahnya aku nak telan ubat ye..bos xde..pegi Singapore...relax betul aku harini..kan best kalau dia pegi sebulan ke 2 bulan ke..bahagia je rasa..esok petang baru dia balik

Bengang dgn bos aku la..lately ni dia berubah dengan kadar peratusan yang tinggi..hehe..tiba2 je dia berubah menjadi seorang yg sangat berat sebelah..kenapa mcm ni? kami yg depan mata dia kalau ade apa2 yg dia xpuas hati apesal xbgtau dgn ktorg? knape nak bgtau kt staf dia yg nun jauh tu? motif? suka2 dia je nk buat apa kt kami semua..ceh

Marah punya pasal...hari ni aku nak relax je..hehehe..sbb esok confirm aku xbleh relax punya..dia kan pantang tgk we all kt cni duduk ngadap laptop seolah2 xde keje nk buat...tp keje nak cepat je..aishhh beginilah nasib menjadi kuli


tido jap
Hp aku hilang la pulak..silap aku lalai sangat..lately aku sibuk dengan kerja, terkejar2 sana sni, 2 3 hari asyik keluar je so keje opis banyak nak kene setel..disebabkan itu aku sampai terlupa untuk masukkan hp dlm handbag masa lunch tadi..baru beberapa langkah baru teringat..confirm la org dh ambik..xpe la xde rezeki dgn hp tu..nampak gaya kene beli hp baru..tunggu gaji ar..hehe


eh, mcm best la pulak takde hp ni..rasa aman je


ngeeeeeee

2 3 hari letih sikit..keje pun banyak..nak kene buat tu nak kene buat ni..manjang keluar je..sampaikan nak makan pun tak menyempat..haaaaaaaaaaaaa

sekadar gambar hiasan


fuhhhhh
Bos aku baru balik dari India setelah 2 minggu disana..selalunya sebulan dia kat sana..lagi lama dia kat sana lagi aman idop aku..hehehe yela kan sapa tak nak kalau datang keje bos takde..takde rasa tertekan sangat..so tadi dia bagi aku kotak ni..katanya manisan..dalam kepala otak aku bentuk manisan dah tentu yang bulat2 tu..ala macam dalam cite tamil/hindi tu..ekekeke tu dia pengaruh tv sungguh

so bile buka kotak tu dah macam rupa kek pun ada..dah macam rupa kuih pun ye..so ni la dia


mula2 masa nak masuk dlm mulut, ragu2 gak la aku..yela nama pun manisan kot la manis sangat2 ke..then bile dah masuk mulut...sedap juga rasanya..rasa susu pun ada..takdela manis sangat..yang hijau tu tak tau daun apa..macam rasa pedas2 sikit..tapi bile makan byk sangat rasa muak..sbb rasa susu kan..tp ok la..rasanya mmg sedap tak seperti yang aku pikir sebelum ni


slurppppp...aku kenyang sampai malam..hihi


LinkWithin