Pages

Ria Resti Fauzi ~ Cintaku Sampai ke Ethiopia

Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu

Kalau kau benar sungguh mau
semua milikku untukmu jiwa dan ragaku
semuanya milikmu

Bukanlah emas permata
(intan berlian?) Juga bukan gemerlap dunia
(bintang-bintang?) Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kepada bapak berdua aku pun bahagia
Kemana pun kamu pergi aku ikut kamu

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

~{}~

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang
Jangan.. jangan.. jangan kau lupa janjimu

Oh Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang



lepas raya ni nafsu makan aku membuak-buak la..pagi aku makan nasi goreng/mee goreng/bihun goreng...lunch aku makan nasi campur..petang tu pun aku makan lagi kuih muih dengan air milo

pagi ni kul 10 pagi aku dah makan nasi goreng..lepas tu beli la sandwich untuk petang..letak atas meja..1030 tu aku pandang sandwich macam melambai2 kat aku plak minta ditelan..so aku makan la satu..bancuh air milo sekali..dah abis makan, kenapa perut aku masih berbunyi2 macam kelaparan ni? dengan senang hati aku habiskan la semua sandwich yang kononnya untuk petang, tak sampai tengahari dah abis telan

perut aku masih berbunyi2 lagi sampai sekarang..ermmm nampak gaya kene pegi beli nasi campur juga ni..hari2 mcm ni gemuk aku..ingat nak sampai target 52kg je..semalam timbang 48kg..aik makan punya banyak naik 2 kilo je ke..huhu

kejap lagi nak p lunch...nyum nyum nyum
Adalah sangat membuatkan aku teruja bile bersusah payah menyiapkan report seperti yang dikehendaki, dan kemudian boss aku memuji hasil kerja aku dan paling membuatkan aku teruja bile dia mengatakan hanya aku sahaja yang dapat membuat dengan hasil yang terbaik dengan masa yang terpantas..hehehe mcm nak lari pecut je kaedahnya

Apapun memang tak dinafikan, sangat susah kerja yang diberikan pada aku, hampir 4 jam aku menatap laptop ni, kalau boleh tembus skrin ni dah tembus dah..belum lagi kene go tru 1 by 1..dan dengan hasil yang memuaskan ini, boss aku telah pun menghantar email dengan memberikan 2 lagi report yang perlu aku siapkan...ekkkkk? aiyakkk

Nak share dgn seseorang, dia bz plak harini..takpela..xmo kacau dia..kang tak terbuat plak keje dia nnt..hehehe

harap2 dapat la bonus hujung tahun ni..peace


nak siapkan report jap..daaaaaa
at lasttttt...aku bleh posting n3 setelah sekian lama..pesal tah asal nak posting je masuk draft..emmm sudahnya berhabuk blog ini..harini saja rajin godek2 setting..try..ok plak..hehe

so posting kali ni nak cite..budget hari raya sudah lari banyak..sbb? time ni la kete aku prob..brake pad tayar kete belakang dh meraung2 minta ganti...cissss...makanya, baju raya aku yang kononnya nak cari ala2 yg meriah dan mahal terpaksa diganti dengan baju raya yang sederhana..tu la niat pon dah tak betul..huhu

maka dengan ini juga,

1. kasut raya pakai la apa yang ada (tp mmg niat xnk beli pon, kasut dh byk, ade yg xguna pun sbb kdg2 pegi umah sedara aku pakai selipar yg mcm ala2 selipar jepun..ekekeke sian mak aku, mesti malu dpt anak yg xreti nk bergaya2 ni)

2. tudung? tudung bawal berlambak..yg baru pun ade..cuma match dgn baju atau tak je..cari jela selendang rege RM5 sehelai tu..hehehehe

3. baju raya? niat nak beli 2 pasang..sepasang yg merelip2 gitu..kansel la..beli biase2 je..nnt pandai2 la aku cari pape nk bg baju tu cun dipakai..xpon pakai je tahun lepas punya..muehehehe

4. duit raya? ni yg aku lemah ni..anak2 buah dgn sepupu aku yg masih kecik ni, nama je budak kecik, demand kan main..kalau aku bg sampul dlm tu duit kaler ijau, mak aih mulut mencebik..terasa miskin nya la aku..hahaha nk juga duit kaler merah..adeihhhh

ape lg? oh kuih raya...order 3 4 balang je dh la..selebihnya aku serahkan pd abg dgn adik pompuan aku..hehe aku sudah sengkekkkkkkk


lg? tak larat pikir...pose baru 2 minggu...lama lg nk raya..selamat berpuasa semua


Bila kawan-kawan saya tengok gamba saya, mereka semua kata saya dah tembam
Mula-mula tak ambil kisah sangat bile seorang dua mengatakan saya dah tembam
Tapi bile mereka buzz kat ym semata2 nak bagitau saya dah tembam, so maknanya saya memang tembam

Timbang berat badan..erm ok la..naik 2 kg
Badan tak bape naik tapi pipi pulak yang naik...hikssss
Mungkin hati gumbira sebab tak payah fikir perkara-perkara yang menyemakkan kepala
Makan pun berselera aje tapi tetap dengan tapau nasi separuh


Semoga berkekalan tembam saya ni sebab kalau jumpe kawan-kawan
Asyik la dengan pertanyaan "bila nak gemuk ni"


Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang
Macam mana boleh hilang ni..cari punya cari tak jumpa2..yg peliknya adik badik aku yg lain ade je padahal mak aku cakap letak kat satu tempat

Apa yang hilang? Sijil lahir aku daaaa..adeihhh malas betul nak pegi JPN ni..kene apply cuti la nampaknya..pegi JPN kajang je la...dekat je..


lepas ni apa lagi yang hilang pun aku tak tau la
Kaki kiri aku sakit lagi...uwaaaaaaaaaaaa
setelah lama tak sakit, bangun pagi tadi aku rasa macam kebas2 kaki kiri, nak berdiri pun tak boleh, tapi aku kene datang juga keje sbb ade isu yang patut aku selesaikan hari ni juga..kalau tak sure aku dah mc harini..nak jumpa ke tak ye doktor tu..ermmm mesti dia tanya aku ikut tak apa yang dia sarankan..masalahnya aku dah lupa apa yang dia cakap aku kene buat dan apa yang patut aku tak buat..yang pasti memang aku kerap juga minum air berais ni..huhuhu

malam ni kalau tak ok juga lagi kaki aku ni..esok aku mc arr...kebetulan bos aku takde..oustation seminggu..hehehe..adoi adoi adoi kaki aku sakit balik....makkkkkkkk (macam budak2 panggil mak)

pada yang tak tau lagi kenapa kaki kiri aku sakit, sebab dulu masa sekolah aku sangat aktif bersukan (merentas desa, 100m, 200m, lompat jauh, hoki, bola tampar)..dan maybe kaki ni sakit sbb penah kene rembat dengan kayu hoki dulu kot..so paham2 jela kan..dan aku juga penah jatuh moto yang takde sapa pun tau walaupun mak ngan ayah aku...huhuhu (takut nak bgtau sebenarnya)





13 Jun 2009 - Tarikh persandingan ex bf aku..dengan sapa pun dia berkahwin, walau apa pun jua yang dia lakukan, aku doakan la semoga dia bahagia hendaknya walaupun hakikatnya aku tau yang dia tak bahagia dengan keadaan sekarang..nak menyesal pun tak guna..benda dah lepas dah tak boleh nk putar balik..walau mcm mana aku usaha sekalipun hubungan aku dengan dia, kalau jodoh takde, memang tak kemana

Aku terima hakikat tu dengan lapang dada walaupun satu tika dulu aku tersangat geram la dengan layanan dia pada aku, dengan keputusan dia memutuskan hubungan kami semata2 mengikut kehendak org tua dia la kononnya, ah malas la nak pikir buat sakit hati aku je..3 tahun bukan satu masa yang singkat pada aku..walaupun dia mengatakan seribu kali dia tak bahagia dengan apa yang akan berlaku sekarang, aku nasihatkan juga dia banyak bersabar dan terus berdoa agar semua berjalan lancar

Bile orang bertanya, aku nak datang ke kenduri dia? Mestilah aku datang sebab dijemput..takde sebab aku tak datang sebab dia adalah masa lalu aku..tak kose aku nak marah2 sebab benda tu pun dah lama jadi..


Selamat bakal menjadi pengantin baru...



Ingin aku bertanya
Tidak jemukah kau mencuba
Ingin terus menggoda
Melempar kata-kata cinta

Masih aku bertahan
Ku tak semudah kau fikirkan
Namun tidak kau bosan
Selalu mahukan perhatian

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Ingin aku hargai
Kesanggupan kau menantiku
Ingin juga ku balas
Perasaan kasih ku lafaz

Masih lagi ku cari
Jika ada cinta di hati
Namun tidak ku temu
Rasa cinta di jiwa ku

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Hentikan saja mengekoriku
Setiap masaalah dan ku tak kau hirau
Tiada cara bisa ku ubah
Kerna tak mudah untuk dikau menyerah kalah

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh No!
Cuba kau memaksa
Apa kau gila!



Komen : Lagu ni memang rancak..best sangat

LinkWithin