Pages

Suka sangat lagu ni..dorang ni menari pun seksi dan tak keterlaluan sangat pada aku..just nice..bile tension dengan satu benda..sure aku layan lagu ni


Syukur alhamdulillah..dah boleh menarik nafas lega kami sekeluarga..adik dah selamat balik ke pangkuan keluarga..semakin kurus dia..sedih pulak tengok keadaan dia..apa pun harapnya semua kembali seperti sedia kala

boleh la malam ni mak tido dengan lena tanpa linangan airmata ;)
Hari ni dah masuk 4 hari adik aku tak balik rumah..kami sekeluarga dah mula risau kalau apa2 jadi pada dia..tadi pun dah buat police report..kalau ada apa masalah, bagitau la kat kami ni..jangan lah buat kami risau..setiap saat aku tengok mak aku menangis je mengenangkan adik aku..sedih pulak tgk keadaan mak..paling kesian tengok mak bile malam je, asal dengar bunyi enjin motor, mak akan turun tengok samada adik balik atau tak..cuma malam ni mak nampak lebih tabah..kadang2 bila aku cuba menahan diri untuk tak menangis, terlepas juga airmata ni.

Dugaan untuk kami sekeluarga. Kami redha. Esok akan berusaha untuk cari adik lagi. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


Ni latest picture dia. Gambar ni pun aku ambil kat myspace dia. So far ni yang paling clear la..harapnya adik berada dalam keadaan yang selamat...amin

Pada sapa2 yang nak beli tudung saji ni, sila contact sendiri seller dia..aku tolong promote je ni
Member aku suruh promote sebab aku order sebijik je..yang besar warna biru
Kalau ramai yang order area KL/Selangor...berbaloi juga nak hantar

Besar - RM35
Kecil - RM15

Contact no : 0195755720 (Eina Harun)
Dear xxxxxx,


Your outstanding PDRM summons : 1

You may proceed to check your summons details and make payment at
xxxxxxxxxxxxxx


Thank you for using MyEG services

Regards,
Team MyEG




kene bayar cepat2 ni...road tax pun nak expired hujung bulan April ni...kene saman la sebab bapak aku jemput kat LCCT mase trip bulan lepas naik kete aku..so dia park kat depan tu..dia kata kejap je tinggal..aku kata mana bleh tinggal2 mcm tu je...uwaaaaaaa
Hari ini aku nak bercerita mengenai teh susu..aku suka minum teh susu..cuma lately ni aku rasa badan aku tak boleh menerima teh susu expecially minum masa breakfast..sebab lepas sejam aku minum, badan aku rasa lemah, menggigil dan rasa macam nak muntah pun ada..start bulan lepas aku mengalami tanda2 seperti aku nyatakan tu

Mula2 ingatkan mungkin perut aku kosong sebab tu jadi macam tu..tapi hari ni aku breakfast bihun goreng dengan teh susu, tetap juga badan aku rasa lemah je, menggigil macam orang ketakutan, seram sejuk pun ada dan macam nak muntah..bila dah jadi macam ni, at the same time selera makan aku pun terus hilang..akan bawa sampai ke petang..kenapa jadi macam ni? sebab muak ke?

So lepas ni aku hanya akan minum teh susu lepas lunch hour je la. Aku tak suka kopi atau nescafe..nak tak nak layan milo je la bila nak breakfast tu..masa menulis entry ni pun, jari jemari aku masih lagi menggigil dan rasa lemah je...ermmmm
Memandangkan minggu ni boss aku pun takde..maknanya ini lah masa kami..kenapa kami? sebab bekerja dengan hati yang senang, takde pressure sana sini, bila2 lapar pergi je cafe..dan yang bestnya boleh balik awal...lalalala betapa nikmatnya masa2 sepanjang minggu ni

Dari pagi sampai sekarang, rasanya kerja yang aku buat cuma satu je tu pun dah aku bereskan pagi tadi..so aku pun search la macam-macam sampai la aku stick to one topic only..apa lagi..kerja kosong la..hahaha fuhhh semangat la konon nak cari peluang2 kerja mana tau ada yang best ke..isi form sana sini sekali satu je aku terlupa...benda yang sangat penting...RESUME

Dah malas nak tengok kerja kosong, aku search plak macam mana nak buat masker sendiri..sekali sekala manjakan kulit muka anda dengan bermasker (kalau ikut kan aku jarang la pakai masker kat muka..tak rajin tapi rasanya kene juga la ni sebab kulit muka dah tak berapa cantik..ngeee)



Pupur Mentimun
Boleh gunakan pupur ini untuk menyegarkan wajah. Jika diamalkan, kedutan pada wajah akan berkurangan.
Bahan:
1 biji timun (kecil)
1 atau 2 sudu susu tepung
1 sudu madu
sedikit ais
Potong timun dan dikisar halus. Tambahkan susu, madu dan ais. Kisar hingga halus, kemudian dioles pada wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit, barulah bersihkan dengan air suam dan diikuti dengan air biasa.

click here for more info


tak ubah berbunga lalang
rendahnya pandanganmu
padaku yang amat memerlukan

kegersangan sekeping ranting
harapkan setitis embun
agar basah hidup ini

aku yang terbiar sejak mula lagi
puas ku merintih puas ku berduka

kuhanya mampu berserah
beserta doa harapan
ubahlah haluan hidup ini

reff:
demi cinta yang menyala
kurela menggengam bara api
demi kasih yang mengharum
sungguh aku rela
biar pun pada pandangan
seperti bunga yang layu terbuang
namun kau pasti tahu
semua kerna aku masih lagi
setia padamu
biarku menangis seumpama pengemis

ulang reff

kuhanya mampu berserah
beserta doa harapan
ubahlah haluan hidup ini

ho ho..
ho ho...
ho ho..
ho ho..
ho ho...
ho.....



Notatangan : aku minat dengan suara Tila ni...sedap je dengar
Dah lama rasanya blog aku tak bertukar baju..so harini, pagi ini aku free sikit selepas buat assignment..cari punya cari jumpe template ni..tak adelah bosan sangat blog aku ni..aku sendiri pun boring tengok blog aku, ini kan pulak orang lain..harapnya lepas ini aku semakin bersemangat nak update blog aku dari terbiar bersawang je
sambung lagi.....

pastu pegi taman buaya plak..buaya pon pegi sekolah taw....hahaha..siap kene denda dok kat luar lagi...ni nama dia crocodile school..actually taman buaya ni pun ade sekali kat dalam tiger zoo tu..mula2 ingat ade harimau je..jalan depan sikit rupanya ade buaya juga cuma buaya kecik2 je


orang utan tengah berfikir..apa la agaknya yang dia fikir..nak ambik gambar kat sebelah dia aku takut2 sebab kalau la dia letak tangan dia kat belakang aku...sesak nafas dibuatnya nanti...dah la pakai baju sama kaler plak dengan aku


scorpion girl..nak ambik gambar bayar 200baht...dalam tiger zoo ni mana2 yang nak ambil gambar dengan haiwan2 terpilih, bayar 200baht..tapi untuk yang ni aku tak sanggup la walaupun aku berbintang scorpion..hahaha



carbaret night...ingatkan family show..sekali masuk kenapa plak seksi2 semua penari2 dia ni..baru aku tau dorang ni semua fake je..tapi serius aku cakap..cantik betul dorang ni..kalah model2 sedia ada






elephant show time..tengok gajah2 dilatih main basikal, football, netball, mcm2 lagi la tapi time ni hujan lebat sekejap




banyak lagi tempat aku pegi..apa boleh aku kata, bangkok ni lebih kurang Malaysia je..tapi sbb pegi sana pun FOC, keluar duit untuk shopping je..so berbaloi2 la..hehehe
5 January - 10 January 2010
6D 5N

Dah lama pergi baru hari ni berkesempatan nak bercerita ceritut yang aku pergi bangkok selama seminggu..sebab takde annual dinner (my boss tak nak buat sebab dia kata consultant dia takde yg nak appreciate annual dinner untuk company dia)..so dia ganti annual dinner tu kepada company trip (khas untuk internal staff sahaja, external staff gigit jari je..kuikui)

1st day sampai bangkok terus pegi hotel lepak2 tido..sebab tak larat nak jalan kemana2 dah
esoknya pegi dream world..best tempat ni..mcm taman tema juga la



gambar ni diambil dari atas kete kabel...mula2 tu takdela gayat pon sbb selama ni aku mmg tak gayat kalau ada tempat2 tinggi..tp bile dah start goyang2 semacam..aku dh rasa lain macam..mula dtg gayat aku..hahaha


sungai ni lupa la nama dia..yela nama2 kat Thailand ni kan susah sikit aku nak ingat




singgah jap kat temple..apa nama temple aku pun tak tau juga..hahaha tau berjalan je keje..kat sini aku borong tshirt dalam 10helai..satu helai harga 100baht (dlm RM12 la)..dh try bargain pun tak bleh dpt kurang gak



then pergi tiger zoo..main entrance dia je dah tunjuk benda ni..aiyooo aku ingat aku salah tengok..mmg real punya anak rimau menyusu kat mak babi...mana pegi mak rimau aku pun tak tau la padahal bile masuk dalam..punyak besar gabak rimau dia semua...adelah 2x ganda saiz aku...eh silap boleh dikatakan 4x ganda saiz aku la..mmg besar


rimau sedang nak mengawan la kot


Selamat tahu baru diucapkan pada semua yang mengenali diri ini.
Semoga tahun baru 2010 membuatkan hidup kita semua lebih baik dari tahun sebelumnya




LinkWithin