Pages



Jam 9.00malam..aku masih mengadap laptop..tak tau nak online apa..on YM pun takde seorang yang online..so layan forum dengan game TC jela setelah siang hari membantu mak di dapur memasak juadah untuk hari raya..seperti kebiasaannya bertalu2 sms raya dari sahabat2 aku..memandangkan siang tadi tak sempat nak sentuh sangat hp, so sms raya dari rakan2 yang aku terima lebih dari 20sms..satu persatu aku reply dengan sms raya juga..terasa sungguh keseronokan nak menyambut raya walaupun hanya sms sebagai ucapan..kalau dulu kad raya tak putus2 ku terima, tapi zaman serba canggih ni sms sebagai pengganti..lebih cepat dan menjimatkan masa..cuma pada aku menerima kad raya dari sahabat2 adalah lebih bermakna kerana boleh disimpan sebagai kenangan berbanding sms yang akan aku delete selepas raya (hehe jangan marah ye kengkawan)

pada sesiapa yang tak dapat sms raya tu..minta maaf la ye..xde no la..ekeke





Selamat hari raya kepada semua rakan taulan yang mengenali diri pandapenyek.. minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki andai ada terkasar bahasa, terlepas kata-kata sama ada yang sedar mahupun diluar kesedaran..jemput datang ke umah pada sesapa yang tau umah..hehe
Jom main boling..hehe

aku suka sangat main boling..walaupun suka tapi syg seribu kali syg..aku tak terer main boling la..mase dip dulu awal2 sem aku dgn geng2 selalu lepak pusat boling dekat MP Melaka..cecah juga la lebih seratus jatuhan pin..but now bile main je sure tak lepas seratus..kalau lebih 50 jatuhan pin pun dah kira bagus sangat la tu..muahahahaha..apa yang aku dapat? aku dapat sakit tangan, lenguh2 tangan..itu lah habuan tiap kali lepas main boling..padahal dok lempar bola yg paling ringan..iaitu no 8..ngeeeeee..bola budak2 sekolah rendah punya

tak ingat bile..last aku main dengan membe aku kat MP Melaka pun tak cecah seratus jatuhan pin..sedih pun ada..tp disebabkan lama tak main..xpela di maafkan..hehe..mmg hepi la sbb dh lama tak main boling dengan membe2 lepas grad dulu





Pagi tadi masa nak pergi kerja sambil dengar radio, alahai DJ radio putarkan lagu-lagu raya..syahdunya kedengaran kat telinga aku..bukan apa..aku ni memang tak boleh dengar lagu2 raya zaman2 Uji Rashid semua tu...memang menusuk kalbu..mulalah mood puasa aku dah bertukar ke mood raya..tapi shopping raya ape pun aku tak start lagi..tak tau nak beli apa selain kuih raya dengan baju raya..kene tunggu last minute juga kot baru ada idea nak shopping raya..tapi 28hb tu aku ada kelas..orang lain sibuk shopping raya aku sibuk menelaah buku bersama geng2 kamcing ku itu..tapi takpela..kejayaan perlukan pengorbanan..cewahhh

next week baru aku start donlod lagu raya..rasanya this week terlalu awal bagi aku untuk dengar lagu2 raya..takut nnt kualiti kerja aku semakin perlahan disebabkan mood aku hanya mood raya je..kad raya pun tak beli lagi nak bagi pada orang2 tertentu..hehe
6hb Sept adalah 2nd face to face dengan lec untuk semester pertama..so far mcm biasa lah lec cover topik2 utk final exam nanti..satu subjek 2 jam ada yang kene cover sampai 9 topik..hehe beku otak aku..tugasan kedua pun aku dah start buat malam semalam..actually aku xde mood nak study ni sebab mood aku hanya mood raya je..ahaks

tapi aku kene kuatkan semangat la bile memikirkan final exam tak lama lagi..aku try score result sebaik yang mungkin memandangkan ni semester pertama aku..result midterm pun tak keluar lagi..dengarnya 25hb ni akan keluar..berdebar2 plak walaupun aku tak mengharap sangat dengan result yang bakal keluar tu..mungkin aku tau aku akan dapat sepadan dengan usaha last minute aku tu..hehe
Hari ni hari kedua opis aku black out..so ape keje pun tak boleh nak buat..komputer kat bilik aku tak boleh on plak..ni pn merempat je kat mana-mana pc yang free..bosan betul..disebabkan ni juga aku pun takde mood nak buat keje..hahaha..bos pun tak masuk lagi..maybe petang baru semua setel..so aku nak buat ape ye? buat ape lgi? merayap la kemana-mana..hahaha..keje makin byk yang tak siap..memikirkan itu pn aku makin xde mood..aku xsuka nak buat keje terkejar2 sebab penat lain mcm..dugaan bulan puasa
jeng..jeng..jeng..blog pandapenyek berwajah baru..xde la cun mana pun..tapi ok la dari yang tak cun..wakaka..kadang2 memang diakui aku malas la nak menulis kat blog..kadang2 rajin tapi takde ape nak ditulis..thanks pada yang sudi membaca blog pandapenyek yang tak seberapa ni
tadi aku macam nak berhenti menulis..then tibe2 aku dapat offline msg kat YM..ada la sorang membe aku tu kata mula2 blog aku bersawang, sekarang ni terus berkubur..perkataan berkubur tu mcm ayat perli je..ok la aku xkn kuburkan blog aku yang selalu bersawang ni..harap membe aku tu puas hati
Sejak bulan puasa ni, mak aku jarang balik rumah sebab ikut ayah aku keje kat sepang..nak ulang alik agak jauh so duduk menyewa kat sana..tinggal kami adik beradik yang masih bujang..abg aku jarang buka puasa dekat rumah disebabkan kerja yang tak menentu..adik aku yang perempuan keje shif..so kalau keje malam tinggal la aku dengan adik yang lelaki tu..selalunya aku beli lauk je dekat pasar ramadhan sebab tak sebab nak masak..hehe..so ade satu kali tu aku beli ayam percik sebab adik aku suka sangat makan..entah kenapa malang sangat jumaat lepas aku beli dan tiba buka puasa..adik aku tegur ayam dia mcm dah basi..actually aku pun perasan pasal tu cuma kesian kat adik aku kalau aku ckp ayam tu tak elok..takut dia kempunan..alih2 dia tegur dulu..nasib baik aku beli ayam sambal..memang tergerak hati nak beli lauk lebih..sudahnya keesokan hari seminggu berturut2 sampai hari ni aku cirit birit..untuk pengetahuan, sempat juga la aku makan separuh ayam tu baru perasan mmg ayam tu dah basi..mula2 tu ingatkan sebab masuk angin..tapi diingat balik sakit perut tu lepas makan ayam tu..sudahnya adik aku pesan pagi tadi jangan beli ayam percik kat mana2 pun pasar ramadhan sebab dia pun cirit birit dah seminggu..sian adik aku..padahal dia suka sangat makan ayam percik..aku nak masak ayam percik tu tak reti...hahaha

nak dijadikan cerita, adik perempuan aku cakap kawan dia beli ayam percik siap berulat lagi...ekkkk..geli memikirkannya..bulan puasa meniaga pun sanggup jual pd kami semua makanan busuk..kami ni beli pakai duit bukan pakai batu..sedihlah sebab yang meniaga tu melayu..jual makanan yang halal..tp apa la yg nk diherankan sgt..bile dah ghairah nk kumpul budget raya..masing2 semua alpa..inilah dugaan orang yang tak sempat memasak..hihi

LinkWithin