Pages



Selamat hari raya haji pada semua kenalan2 pandapenyek


Sehari nak raya, hari ni si penyek mcm nk demam..batuk2 selsema dah rasa..uhuk uhuk perit je rasa tekak ni tapi sempat online tu...hehe
takde plan nak pegi mana2 sbb dah mula rasa nak demam..so kalau selasa ni masih tak ok lagi demam apa lagi...MC la jawabnya..hehe



daaaaaaaaaaa
Pagi tadi try call mak aku tapi manjang tak jawab..bz sungguh mak aku ni..huhu..then call plak ayah aku..nasib berjawab..aku rindu lah pada mereka



Jumpa mereka sekali sekala buat aku jadi tambah rindulah pada mereka..Tapi depan2 dorang takdelah aku tunjuk aku rindu..ekeke nanti mak aku kata aku dah besar2 pun nak dok bawak ketiak dia lagi..ekkk kakak memang anak mak pun..lusa mak balik kajang..dah memang seminggu sekali kedua orangtua aku balik kajang sebab nak balik selalu tak larat sbb jauh..pengorbanan kedua orangtua aku semata2 mencari rezeki yang halal

Patutnya parents la tunggu anak balik umah...ni terbalik pulak..apapun alasannya mak pernah ckp yang dia bersyukur sbb anak2nya pandai jaga diri dan dia sentiasa berharap anak2nya tak berperangai mcm anak terbiar je walaupun selalu kene tinggal..sob sob


pagi ni aku sayu mengingatkan mereka


sejak kaki aku sakit ni, dah macam-macam kaedah la aku buat untuk kurangkan sakit. vitamin la gamat la semua aku dah telan sampai kadang2 badan aku rasa tak boleh nak terima apa2 ubat dah..huhu..then bulan lepas aku pergi satu klinik ni..nama klink tu klinik dinamik terletak sebelah taman perumahan aku..so check punya check doktor ni punya la banyak soal (dh mcm polis pun ada..hehe)..tanya dulu aku buat apa sampai kaki jadi mcm ni..kenapa bersukan tak ikut tertib kunun2 aku tak panaskan badan dulu la apa la..kenapa main hoki tak hati2 la..lerrrrrr apa kes plak doktor ni..pong pang pong pang 10 min dia bebel dan yang paling buat aku nak tarik muka ngan dia sbb boleh dia kata aku ni aktif sangat tak elok untuk anak dara..benda dh lepas la doktor oiii..aku datang nak wat check up kaki dia plak bantai bebel kat aku..then dia bagi aku satu vitamin dengan satu pil (actually aku ada masalah untuk telan pil la..selalu telan ubat air je..hehe)..still sakit juga kaki aku...minggu lepas sebelum bertolak ke JB aku pergi lagi ke klinik tu sbb nak bagitau la konon kaki aku masih takde pape perkembangan..doktor tu minta aku minum air 100 plus byk2..kalau boleh satu bulan satu kontena aku kene minum..buat lawak pulak dh doktor ni...hangin je aku



so now dekat 2 minggu aku telan je 100 plus ni hari2..sedap la plak sampaikan aku rasa air ni dh jadi air yg penting selain air kosong..dan doktor juga suruh aku berbasikal hari2 lepas waktu bekerja sebab bagus untuk kaki..mana la aku nak berbasikal area umah aku..dah tentu2 aku kene kejar dgn anjing gile nanti..so far kaki aku dah kurang sakit la cuma kdg2 waktu hujan terasa ngilu je kat tulang2 lutut...huhu

apepun tunggu je la 2 3 bulan ni mcm mana..harap2 kurangla kekerapan sakit kaki ku ini

Semalam aku pegi dengan mak aku ke UTM Johor untuk konvo adik perempuan aku..so aku drive la memandangkan ayah aku tak dapat cuti nak jenguk anak dia konvo (sian ayah aku beria2 nak tengok anak dia konvo, nasib mak aku bagi semangat kat ayah aku)..ni 1st time aku drive sorang2 ke Johor (pada aku sangat jauh dan memenatkan occay)

Gerak dari kajang pukul 5.40pagi (dah bagitau mak aku pagi sangat tapi mak aku sangat excited mengalahkan adik aku plak yg nk konvo..hehe tapi adik aku dah gerak sehari awal dari kami)..Sepanjang perjalanan, berhenti dekat pagoh untuk b/fast dan berhenti kat JB untuk salin baju sbb rimas nak pakai cun2 drive 5 jam tu


suasana bawah khemah yang agak panas



ibubapa yg tak sabar2 nak tengok anak mereka naik pentas


adik orang yang ke 7 naik pentas..tgh berbaris kat tepi tunggu turn



tamat pada pukul 5.30 petang..walaupun hujan tapi penat mengatasi segala..fikir nak balik kl cepat redah juga hujan..masa nak balik ni la tak sangka kaki kanan pulak yang sakit tiba-tiba (mcm biasalah sakit tu dh dtg balik)..perjalanan 4 jam jadi 5 jam setengah sebab selepas berhenti kat hentian ayer keroh, sepanjang ada hentian tu kami berhenti sebab kaki dah tak rasa pedal..mak dah risau so dia suruh rehat 15 minit dekat setiap perhentian...dalam hati aku ni dah gabra semacam sbb takut xsempat sampai umah tp mak suruh banyak2 berdoa semoga dipermudahkan semua

dan alhamdulillah jam 11 malam sampai jua kami di rumah..syukur semua selamat
dan tak sangka aku boleh drive sejauh tu..hehehe peace


nak sambung rehat...daaaaaaaaaa



20.11.2008 - Khamis


Genap usia aku 24 tahun
Pejam celik pejam celik je aku dah 24 tahun
Bujang
Bekerja makan gaji
Masih meneruskan pengajian jarak jauh


Itu je ke? Ok tahun depan tengokla macam mana..harapnya ada la perubahan..hehe
Oh ya, pagi ni aku lupa sebenarnya hari ni aku dah 24 tahun, tapi student practical aku tiba-tiba datang bilik aku bawak kek, terpinga-pinga juga la aku kenapa dia bawak kek..ok rupanya besday aku..hepi besday to me

sekadar gambar hiasan
Petang tadi memandangkan xde aktiviti yang menarik nak buat, so layan drift kat bukit jalil..lewat sikit sampai kat sana dalam kul 5 petang, so kete2 yg join drift kebanyakan kete2 lama..maybe yg join kete2 workshop..kalau datang awal sikit maybe boleh tgk kete yg cun2 drift..tp xpela aku tetap enjoy layan drift kat Bukit Jalil








next week ada lagi..so kalau ada kesempatan nak tengok aku tak kan lepaskan peluang tgk drift..dengar2 byk lagi kete yg akan join drift
aku adalah salah seorang dari berjuta2 pengguna prepaid maxis..hehe tak mampu nak pakai line (sebenornya xmo pakai pun walaupun ade line company)..dan semua pengguna prepaid maxis sedia maklum akan mesej2 yang tah pape yg hotlink hantar

hari ni saja aku dapat 10 mesej sampah dari hotlink..adeihhh bikin aku sakit jiwa sajork..selama ni pun memang dapat juga mesej2 sampah ni cuma hari ni entah kenapa aku cukup marah sampai rasa nak baling je hp aku..maybe disebabkan kaki kiri aku ni sakit (esok2 sure belah kanan plak yg sakit..huhu) so emosi tak berapa nak stabil

macam mana aku tak nak maxis hantar mesej2 sampah ni? tolong jangan bagi cadangan untuk aku tukar no sbb dah banyak kali aku tukar sampai kawan2 lama aku pun ade yg dah lost contact..nasib ade frenster utk aku jumpe kawan2 lama aku..nak ignore pun xbleh sbb bile ade mesej baru je aku akan tgk sekali mesej2 sampah ni..yela dah satu inbox kan mesti akan nampak punya..kene call maxis ke? aishhh serabut ar

tido lagi best...daaaaaaaaaaaa
korang boring tak masuk blog aku? kadang-kadang aku boring la masuk blog sendiri..wakaka sebab menulis sekali sekala je..actually bukan la xde cerita nak letak kat blog ni cuma susah nak jumpe masa yang sesuai untuk aku bercerita..ada saja halangan tiap kali nk menulis..so dari aku menulis perkara-perkara yang merepek lebih baik tak menulis langsung dan dalam masa yang sama blog aku ni kadang2 mcm antara wujud atau tak je..atau dalam erti kata lain orang akan melihat yang aku ni pemalas nak menulis..muehehehe

dan aku rasa entry yang ni pun salah satu entry yang merepek-repek juga la kot..takpe la dah memang lumrahnya aku suka merepek-repek tah pape je..kaki aku dah start sakit balik..nak jalan pun dah macam orang tempang je..kesan aku main sukan dulu..baru terasa kesannya sejak kebelakangan ni..tu tandanya nak suruh aku kurangkan berjalan la tu..ngeeee
Maka berakhirlah satu sem aku untuk PJJ ni..sangat stress dengan keje lagi study lg..mmg kene kuat semangat..kadang2 balik rumah dah penat, nak study pun xde mood..bak kata membe aku hormon study belum sebati lagi kat dalam diri aku..wakaka..sabar je la..masa last paper tu sembang la dengan senior2 aku yg dah sem 7 dengan 8..mcm2 dorang cite..mula2 1st sem tu ramai dan makin lama tinggal berapa kerat je..ade tu yg dari bujang sampai kawen sampai dah beranak semua..ade yang meninggal pun ada..mcm2 dorang cerita..yg bestnya dorg dah sampai penghujung sedangkan aku baru nak bermula..satu pesan kakak2 senior, semangat kene kuat sbb kita bekerja sambil belajar..semoga aku kuat semangat..apa pun lega dah satu semester dah abis..hehe


Hari ni aku layari ppl punya website utk check tarikh final exam..skang ni aku dah reti dah mcm mana nk jenguk2 website ni sbb sebelum ni aku cukup susah la nk faham mcm mana nk check result utk midterm, assignment tu semua tapi hari ni aku berjaya memahaminya...dan utk pertama kalinya aku tengok sndiri jadual exam sbb sebelum ni aku selalu tanya pada kengkawan je..hehe satu perkembangan baik utk aku yg masih blur dengan perjalanan sebagai student PJJ ni..dulu semua benda amik kat fakulti je..now semua kene buat sendiri..bagus utk aku la sbb kene berdikari..so tadi aku agak terkejut sbb xsangka final exam hujung bulan ni

maknanya lagi seminggu je..tp mcm biasa la aku ni study hard bukan study smart..kehkehkeh
so from today aku kene mengadap la apa2 yg patut..ade 5 subjek yg aku ptt ambil sem ni tp satu subjek iaitu TITAS mmg aku xnk amik langsung sbb mase dip dulu aku dh amik titas 1 dgn 2..so xde besa dgn titas yg ni..aku dh minta pengecualian pun tapi sampai skang xde jawapan..pihak PPL kata sem 2 baru dpt tau..lamanya..huhu

terus terangg ckp carrymark aku xbape gempak...wakaka
maklommmm study last minute mcm aku ni mmg xkn dpt carrymark gempak punya la
biasanya aku score final je..hehe so tgk la mcm mana result utk 1st sem ni
apa pn kene study sungguh2 ni..xde main2 dah mcm dulu2

doakan aku..peace



Jam 9.00malam..aku masih mengadap laptop..tak tau nak online apa..on YM pun takde seorang yang online..so layan forum dengan game TC jela setelah siang hari membantu mak di dapur memasak juadah untuk hari raya..seperti kebiasaannya bertalu2 sms raya dari sahabat2 aku..memandangkan siang tadi tak sempat nak sentuh sangat hp, so sms raya dari rakan2 yang aku terima lebih dari 20sms..satu persatu aku reply dengan sms raya juga..terasa sungguh keseronokan nak menyambut raya walaupun hanya sms sebagai ucapan..kalau dulu kad raya tak putus2 ku terima, tapi zaman serba canggih ni sms sebagai pengganti..lebih cepat dan menjimatkan masa..cuma pada aku menerima kad raya dari sahabat2 adalah lebih bermakna kerana boleh disimpan sebagai kenangan berbanding sms yang akan aku delete selepas raya (hehe jangan marah ye kengkawan)

pada sesiapa yang tak dapat sms raya tu..minta maaf la ye..xde no la..ekeke





Selamat hari raya kepada semua rakan taulan yang mengenali diri pandapenyek.. minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki andai ada terkasar bahasa, terlepas kata-kata sama ada yang sedar mahupun diluar kesedaran..jemput datang ke umah pada sesapa yang tau umah..hehe
Jom main boling..hehe

aku suka sangat main boling..walaupun suka tapi syg seribu kali syg..aku tak terer main boling la..mase dip dulu awal2 sem aku dgn geng2 selalu lepak pusat boling dekat MP Melaka..cecah juga la lebih seratus jatuhan pin..but now bile main je sure tak lepas seratus..kalau lebih 50 jatuhan pin pun dah kira bagus sangat la tu..muahahahaha..apa yang aku dapat? aku dapat sakit tangan, lenguh2 tangan..itu lah habuan tiap kali lepas main boling..padahal dok lempar bola yg paling ringan..iaitu no 8..ngeeeeee..bola budak2 sekolah rendah punya

tak ingat bile..last aku main dengan membe aku kat MP Melaka pun tak cecah seratus jatuhan pin..sedih pun ada..tp disebabkan lama tak main..xpela di maafkan..hehe..mmg hepi la sbb dh lama tak main boling dengan membe2 lepas grad dulu





Pagi tadi masa nak pergi kerja sambil dengar radio, alahai DJ radio putarkan lagu-lagu raya..syahdunya kedengaran kat telinga aku..bukan apa..aku ni memang tak boleh dengar lagu2 raya zaman2 Uji Rashid semua tu...memang menusuk kalbu..mulalah mood puasa aku dah bertukar ke mood raya..tapi shopping raya ape pun aku tak start lagi..tak tau nak beli apa selain kuih raya dengan baju raya..kene tunggu last minute juga kot baru ada idea nak shopping raya..tapi 28hb tu aku ada kelas..orang lain sibuk shopping raya aku sibuk menelaah buku bersama geng2 kamcing ku itu..tapi takpela..kejayaan perlukan pengorbanan..cewahhh

next week baru aku start donlod lagu raya..rasanya this week terlalu awal bagi aku untuk dengar lagu2 raya..takut nnt kualiti kerja aku semakin perlahan disebabkan mood aku hanya mood raya je..kad raya pun tak beli lagi nak bagi pada orang2 tertentu..hehe
6hb Sept adalah 2nd face to face dengan lec untuk semester pertama..so far mcm biasa lah lec cover topik2 utk final exam nanti..satu subjek 2 jam ada yang kene cover sampai 9 topik..hehe beku otak aku..tugasan kedua pun aku dah start buat malam semalam..actually aku xde mood nak study ni sebab mood aku hanya mood raya je..ahaks

tapi aku kene kuatkan semangat la bile memikirkan final exam tak lama lagi..aku try score result sebaik yang mungkin memandangkan ni semester pertama aku..result midterm pun tak keluar lagi..dengarnya 25hb ni akan keluar..berdebar2 plak walaupun aku tak mengharap sangat dengan result yang bakal keluar tu..mungkin aku tau aku akan dapat sepadan dengan usaha last minute aku tu..hehe
Hari ni hari kedua opis aku black out..so ape keje pun tak boleh nak buat..komputer kat bilik aku tak boleh on plak..ni pn merempat je kat mana-mana pc yang free..bosan betul..disebabkan ni juga aku pun takde mood nak buat keje..hahaha..bos pun tak masuk lagi..maybe petang baru semua setel..so aku nak buat ape ye? buat ape lgi? merayap la kemana-mana..hahaha..keje makin byk yang tak siap..memikirkan itu pn aku makin xde mood..aku xsuka nak buat keje terkejar2 sebab penat lain mcm..dugaan bulan puasa
jeng..jeng..jeng..blog pandapenyek berwajah baru..xde la cun mana pun..tapi ok la dari yang tak cun..wakaka..kadang2 memang diakui aku malas la nak menulis kat blog..kadang2 rajin tapi takde ape nak ditulis..thanks pada yang sudi membaca blog pandapenyek yang tak seberapa ni
tadi aku macam nak berhenti menulis..then tibe2 aku dapat offline msg kat YM..ada la sorang membe aku tu kata mula2 blog aku bersawang, sekarang ni terus berkubur..perkataan berkubur tu mcm ayat perli je..ok la aku xkn kuburkan blog aku yang selalu bersawang ni..harap membe aku tu puas hati
Sejak bulan puasa ni, mak aku jarang balik rumah sebab ikut ayah aku keje kat sepang..nak ulang alik agak jauh so duduk menyewa kat sana..tinggal kami adik beradik yang masih bujang..abg aku jarang buka puasa dekat rumah disebabkan kerja yang tak menentu..adik aku yang perempuan keje shif..so kalau keje malam tinggal la aku dengan adik yang lelaki tu..selalunya aku beli lauk je dekat pasar ramadhan sebab tak sebab nak masak..hehe..so ade satu kali tu aku beli ayam percik sebab adik aku suka sangat makan..entah kenapa malang sangat jumaat lepas aku beli dan tiba buka puasa..adik aku tegur ayam dia mcm dah basi..actually aku pun perasan pasal tu cuma kesian kat adik aku kalau aku ckp ayam tu tak elok..takut dia kempunan..alih2 dia tegur dulu..nasib baik aku beli ayam sambal..memang tergerak hati nak beli lauk lebih..sudahnya keesokan hari seminggu berturut2 sampai hari ni aku cirit birit..untuk pengetahuan, sempat juga la aku makan separuh ayam tu baru perasan mmg ayam tu dah basi..mula2 tu ingatkan sebab masuk angin..tapi diingat balik sakit perut tu lepas makan ayam tu..sudahnya adik aku pesan pagi tadi jangan beli ayam percik kat mana2 pun pasar ramadhan sebab dia pun cirit birit dah seminggu..sian adik aku..padahal dia suka sangat makan ayam percik..aku nak masak ayam percik tu tak reti...hahaha

nak dijadikan cerita, adik perempuan aku cakap kawan dia beli ayam percik siap berulat lagi...ekkkk..geli memikirkannya..bulan puasa meniaga pun sanggup jual pd kami semua makanan busuk..kami ni beli pakai duit bukan pakai batu..sedihlah sebab yang meniaga tu melayu..jual makanan yang halal..tp apa la yg nk diherankan sgt..bile dah ghairah nk kumpul budget raya..masing2 semua alpa..inilah dugaan orang yang tak sempat memasak..hihi
Alhamdulillah..test midsem dah pun habis..apa perasaan aku? dah tentu lah lega..selesai sudah pertengahan jalan untuk sem pertama aku ni..so inilah pengalaman pertama aku menjawab soalan test setelah sekian lama..6hb ni ada perjumpaan kali kedua dengan lecturer kat UPM..so perjumpaan tu untuk cover topik final exam nanti..final exam? seram la pulak memikirkannya..apapun aku cuba bat yang terbaik..lebih baik dari aku jawab soalan midsem..harapnya semua berjalan lancar..kawan2 satu kelas pun dah semakin serasi..aku happy dengan keadaan sekarang walaupun kerja makin tensen..aku xmo pikir benda2 yg buat aku tensen..kalau tak akan buat aku lebih tertekan..so aku ambil jalan lebih relax

Tadi aku dah dapat satu salinan jadual peperiksaan midsem..rasa masa tu sekejap je berlalu dan next week 22hb Ogos 2008 (Jumaat) aku ada satu paper iaitu ekonomi (dlm byk2 subjek yg satu ni pd aku agak susah la sbb byk benda nk kene ingat..hehe)..sabtu plak subjek hubungan etnik (subjek bosan ala2 sejarah juga) dengan matematik (aku suka subjek ni..aku suka kira2)..dan ahad subjek pengurusan organisasi dan titas (titas ni aku mintak pengecualian tapi sama ada dapat atau tak akan tau masa sem 2 nnt..ape ke sengal sgt UPM ni..lama gila nak tunggu..xtau la aku nk amik test tu ke tak..kene tanya PPL balik la)

So mcm biasa lah tabiat lama aku masa diploma dulu mmg xboleh hilang la..aku jenis study hard bukan study smart..aku dah try study smart tp ape pun tak masuk dlm kepala otak ni..so kene tunggu last minute juga la aku study..mungkin ni salah satunya aku xpenah dpt anugerah dekan..hehehe padan muka aku


so next week adalah study time..byk juga benda nk kene cover ni..so kene setting time sebaik mungkin..kene makan kismis byk2 la nak bagi kuatkan memori aku yg semakin hari makin low sbb byk benda nak kene fikir (cewahhh mcm byk sgt je aku nak kene fikir)
Aku rasa cukup bertuah dapat kawan-kawan sekelas untuk PJJ ni yang sangat membantu aku..Terus terang aku katakan jadual pembelajaran, aku masih tak dapat faham sepenuhnya..minggu lepas aku ingatkan kelas ditunda untuk subjek Hubungan Etnik (lebih kurang sejarah la) rupanya last minute kelas tu ada cuma aku saja tak tahu..pagi tadi aku dapat email dari seorang daripada classmate aku (dia ni indian) dia remind aku pasal kelas hari minggu ni..terharu sungguh aku siap letak nota kat situ harap dapat jumpa hari minggu ni..semangat setiakawan yang dia tunjuk pada aku pun dah cukup membuatkan aku semangat nak ke kelas..maybe untuk permulaan aku blur sikit la..hehe..tapi lepas ni aku kene lebih banyak bertanya pada pihak pengurusan UPM la..PJJ ni memang lain sangat dari fulltime masa aku study untuk Diploma..so harap2 lepas ni aku semakin kurang blur..hehe
tadi terkejut sangat dapat parcel dari Melaka..ingatkan ape la..pegang2 parcel tu ingatkan bola..haha...sebab bentuk bulat lembut pulak tu..rupe2nya bantal yang order dari kak nora (kenalan dari forum IG)..thanks kak..saya suka sgt hasil kerja akak..



pandangan dari sisi atas dan depan (kedudukan bantal diletak pada arah berbeza sebab nak tunjuk bahagian atas bantal dan bahagian bawah)



cute sgt..dah letak pun kat dalam kete..hehe..thanks kak nora..muahhsss
fuhhh..baru berkesempatan hari ni nak updated blog..so entry kali ni mcm biasa la..nak cerita tentang PJJ ku di UPM pada 27hb Jun 2008..kalau diikutkan pendaftaran start pukul 9.00 pagi..mak aku dah bersiap sikit punya awal..aku masih lena dibuai mimpi..wakaka..kalau boleh tak nak la mak aku ikut..sebab mak sakit kaki..tak boleh berdiri lama2..aku pun dah besar..nak masuk umur 24 tahun pun..kalau dulu mase diploma ye la kalo mak ayah ikut sekali masa pendaftaran..ini dah besar panjang..aku boleh buat sendiri..tapi mak nak ikut juga so aku bawaklah..sian mak..siap punya awal kul 8.30 pagi..alih2 gerak dari umah kul 11 pagi..hehe


ni salah satu suasana mase pendaftaran..mase ni master dengan bacelor daftar serentak..peghhh aku xde geng la..sebab kebanyakannya dah tua2..huhu..


lepas je dah daftar semua..aku kene pegi kaunter paling last sekali..dia minta aku jawab soalan daaa...gile banyak soalan dia..jawapan yg disediakan antara setuju atau tak..ade lebih 120 soalan kene jawab..masakkkk la aku..wakakaka..mak aku menunggu dengan muka bosan dia..hehe


pendaftaran dah setel semua..so aku ngan mak pun balik umah..kejap je pendaftaran..kul 11.15 pagi sampai UPM..kul 12 dah setel..so balik umah dulu (nasib umah ku dekat je..hehe)..sebab kul 4 kene datang balik untuk ikrar akujanji (tang ni aku memang malas ni..hehe)..gambar kat bawah ni suasana di dewan kuliah D..masa nak masuk dewan kuliah ni..peghhhh sikit punya malu sebab buka je pintu mata masing2 tgk gerangan pembuka pintu itu..wakakaka...malu sehh..mase ni aku duduk sorang2 juga..sebab kiri kanan depan belakang aku semua kakak2 dgn abg2..so aku nk borak pun xtau punca..aku senyum je la dengan mereka..dan yg bestnya masa dengar taklimat tu aku boleh terlentok kejap..muahahahaha..memang perangai mase aku amik diploma dulu tak pernah hilang la..dan yang bestnya ade sorang abg tu siap tegur aku

"ngantuk sangat ke dik? malam semalam tido kul bape" siot je brader ni tau..suka2 aku la nak tido ke ape..hehe



so sabtu tu mcm biasa kul 9 pagi aku dah ade kat upm..taklimat lagi..hahahaha..aku balun tido kejap sebab tak tahan la nak dengar taklimat2 ni semua..nasib aku duduk paling hujung..so org xbape nak nampak aku sgt la..hehe..taklimat sampai petang kul 2..lepas kul 2 aku dah start kuliah dengan lecturer untuk perjumpaan kali pertama..lec nak cover topik utk midterm..abih kelas kul 7.15mlm..memang penat sangat la..ahad pun ade kuliah..hehe..otak aku kembali cair..hahaha



bersambung......

LinkWithin