Pages




Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


notatangan : suka sangat dengar lagu-lagu dari wali band

sabtu lepas 12 Disember 2009, pergi kenduri kahwin sorang kawan mase belajar dulu..nasib baik dekat je..takdelah pening kepala..hehe cuma pening sebab takde baju kurung yang lawa sikit nak dipakai...tak sempat nak pegi jahit daaaa

so pakai jela baju apa yang ada yang aku rasa takde lah buruk sangat

datang2 je kenduri, nampak geng2 lama..apa lagi...sakan bergambar dengan pengantin ar

aku tak pernah letak gambar dalam blog ni..kali ni aku letak untuk memeriahkan blog yang suram dan sepi...kuikui


gambar beramai2 dengan pengantin..susah nak berkumpul ramai2 macam dulu..tp ok la dapat berkumpul balik walaupun tak semua ada


gambar ni la..datang je terus panggil semua bergambar..makan pun belum lagi ni..hihi


sweet memory..alahai rindunya zaman2 aku muda dulu..hahaha sekarang dah tua sikit la..takde geng nak enjoy2 macam dulu


sekian...

Ria Resti Fauzi ~ Cintaku Sampai ke Ethiopia

Kalau kau benar sayang padaku
Dan kalau kau benar cinta
Ucapkanlah janji setiamu

Kalau kau benar sungguh mau
semua milikku untukmu jiwa dan ragaku
semuanya milikmu

Bukanlah emas permata
(intan berlian?) Juga bukan gemerlap dunia
(bintang-bintang?) Bulan madu aku pun tak minta
Asalkan kepada bapak berdua aku pun bahagia
Kemana pun kamu pergi aku ikut kamu

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etiopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. janganlah bimbang dan ragu sayang
Sungguh mati aku cinta kepadamu

~{}~

Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya kuikut kamu
Jangankan ke Kamboja, ke Etopia kuikut kamu
Kalau kamu memang cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu

Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang
Jangan.. jangan.. jangan kau lupa janjimu

Oh Jangan.. jangan.. janganlah kau ragu-ragu sayang
Jangan.. jangan.. janganlah ragukan cintaku
Jangan.. jangan.. jangan kau tinggalkan daku sayang



lepas raya ni nafsu makan aku membuak-buak la..pagi aku makan nasi goreng/mee goreng/bihun goreng...lunch aku makan nasi campur..petang tu pun aku makan lagi kuih muih dengan air milo

pagi ni kul 10 pagi aku dah makan nasi goreng..lepas tu beli la sandwich untuk petang..letak atas meja..1030 tu aku pandang sandwich macam melambai2 kat aku plak minta ditelan..so aku makan la satu..bancuh air milo sekali..dah abis makan, kenapa perut aku masih berbunyi2 macam kelaparan ni? dengan senang hati aku habiskan la semua sandwich yang kononnya untuk petang, tak sampai tengahari dah abis telan

perut aku masih berbunyi2 lagi sampai sekarang..ermmm nampak gaya kene pegi beli nasi campur juga ni..hari2 mcm ni gemuk aku..ingat nak sampai target 52kg je..semalam timbang 48kg..aik makan punya banyak naik 2 kilo je ke..huhu

kejap lagi nak p lunch...nyum nyum nyum
Adalah sangat membuatkan aku teruja bile bersusah payah menyiapkan report seperti yang dikehendaki, dan kemudian boss aku memuji hasil kerja aku dan paling membuatkan aku teruja bile dia mengatakan hanya aku sahaja yang dapat membuat dengan hasil yang terbaik dengan masa yang terpantas..hehehe mcm nak lari pecut je kaedahnya

Apapun memang tak dinafikan, sangat susah kerja yang diberikan pada aku, hampir 4 jam aku menatap laptop ni, kalau boleh tembus skrin ni dah tembus dah..belum lagi kene go tru 1 by 1..dan dengan hasil yang memuaskan ini, boss aku telah pun menghantar email dengan memberikan 2 lagi report yang perlu aku siapkan...ekkkkk? aiyakkk

Nak share dgn seseorang, dia bz plak harini..takpela..xmo kacau dia..kang tak terbuat plak keje dia nnt..hehehe

harap2 dapat la bonus hujung tahun ni..peace


nak siapkan report jap..daaaaaa
at lasttttt...aku bleh posting n3 setelah sekian lama..pesal tah asal nak posting je masuk draft..emmm sudahnya berhabuk blog ini..harini saja rajin godek2 setting..try..ok plak..hehe

so posting kali ni nak cite..budget hari raya sudah lari banyak..sbb? time ni la kete aku prob..brake pad tayar kete belakang dh meraung2 minta ganti...cissss...makanya, baju raya aku yang kononnya nak cari ala2 yg meriah dan mahal terpaksa diganti dengan baju raya yang sederhana..tu la niat pon dah tak betul..huhu

maka dengan ini juga,

1. kasut raya pakai la apa yang ada (tp mmg niat xnk beli pon, kasut dh byk, ade yg xguna pun sbb kdg2 pegi umah sedara aku pakai selipar yg mcm ala2 selipar jepun..ekekeke sian mak aku, mesti malu dpt anak yg xreti nk bergaya2 ni)

2. tudung? tudung bawal berlambak..yg baru pun ade..cuma match dgn baju atau tak je..cari jela selendang rege RM5 sehelai tu..hehehehe

3. baju raya? niat nak beli 2 pasang..sepasang yg merelip2 gitu..kansel la..beli biase2 je..nnt pandai2 la aku cari pape nk bg baju tu cun dipakai..xpon pakai je tahun lepas punya..muehehehe

4. duit raya? ni yg aku lemah ni..anak2 buah dgn sepupu aku yg masih kecik ni, nama je budak kecik, demand kan main..kalau aku bg sampul dlm tu duit kaler ijau, mak aih mulut mencebik..terasa miskin nya la aku..hahaha nk juga duit kaler merah..adeihhhh

ape lg? oh kuih raya...order 3 4 balang je dh la..selebihnya aku serahkan pd abg dgn adik pompuan aku..hehe aku sudah sengkekkkkkkk


lg? tak larat pikir...pose baru 2 minggu...lama lg nk raya..selamat berpuasa semua


Bila kawan-kawan saya tengok gamba saya, mereka semua kata saya dah tembam
Mula-mula tak ambil kisah sangat bile seorang dua mengatakan saya dah tembam
Tapi bile mereka buzz kat ym semata2 nak bagitau saya dah tembam, so maknanya saya memang tembam

Timbang berat badan..erm ok la..naik 2 kg
Badan tak bape naik tapi pipi pulak yang naik...hikssss
Mungkin hati gumbira sebab tak payah fikir perkara-perkara yang menyemakkan kepala
Makan pun berselera aje tapi tetap dengan tapau nasi separuh


Semoga berkekalan tembam saya ni sebab kalau jumpe kawan-kawan
Asyik la dengan pertanyaan "bila nak gemuk ni"


Setiba di persimpangan,

Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang
Macam mana boleh hilang ni..cari punya cari tak jumpa2..yg peliknya adik badik aku yg lain ade je padahal mak aku cakap letak kat satu tempat

Apa yang hilang? Sijil lahir aku daaaa..adeihhh malas betul nak pegi JPN ni..kene apply cuti la nampaknya..pegi JPN kajang je la...dekat je..


lepas ni apa lagi yang hilang pun aku tak tau la
Kaki kiri aku sakit lagi...uwaaaaaaaaaaaa
setelah lama tak sakit, bangun pagi tadi aku rasa macam kebas2 kaki kiri, nak berdiri pun tak boleh, tapi aku kene datang juga keje sbb ade isu yang patut aku selesaikan hari ni juga..kalau tak sure aku dah mc harini..nak jumpa ke tak ye doktor tu..ermmm mesti dia tanya aku ikut tak apa yang dia sarankan..masalahnya aku dah lupa apa yang dia cakap aku kene buat dan apa yang patut aku tak buat..yang pasti memang aku kerap juga minum air berais ni..huhuhu

malam ni kalau tak ok juga lagi kaki aku ni..esok aku mc arr...kebetulan bos aku takde..oustation seminggu..hehehe..adoi adoi adoi kaki aku sakit balik....makkkkkkkk (macam budak2 panggil mak)

pada yang tak tau lagi kenapa kaki kiri aku sakit, sebab dulu masa sekolah aku sangat aktif bersukan (merentas desa, 100m, 200m, lompat jauh, hoki, bola tampar)..dan maybe kaki ni sakit sbb penah kene rembat dengan kayu hoki dulu kot..so paham2 jela kan..dan aku juga penah jatuh moto yang takde sapa pun tau walaupun mak ngan ayah aku...huhuhu (takut nak bgtau sebenarnya)





13 Jun 2009 - Tarikh persandingan ex bf aku..dengan sapa pun dia berkahwin, walau apa pun jua yang dia lakukan, aku doakan la semoga dia bahagia hendaknya walaupun hakikatnya aku tau yang dia tak bahagia dengan keadaan sekarang..nak menyesal pun tak guna..benda dah lepas dah tak boleh nk putar balik..walau mcm mana aku usaha sekalipun hubungan aku dengan dia, kalau jodoh takde, memang tak kemana

Aku terima hakikat tu dengan lapang dada walaupun satu tika dulu aku tersangat geram la dengan layanan dia pada aku, dengan keputusan dia memutuskan hubungan kami semata2 mengikut kehendak org tua dia la kononnya, ah malas la nak pikir buat sakit hati aku je..3 tahun bukan satu masa yang singkat pada aku..walaupun dia mengatakan seribu kali dia tak bahagia dengan apa yang akan berlaku sekarang, aku nasihatkan juga dia banyak bersabar dan terus berdoa agar semua berjalan lancar

Bile orang bertanya, aku nak datang ke kenduri dia? Mestilah aku datang sebab dijemput..takde sebab aku tak datang sebab dia adalah masa lalu aku..tak kose aku nak marah2 sebab benda tu pun dah lama jadi..


Selamat bakal menjadi pengantin baru...



Ingin aku bertanya
Tidak jemukah kau mencuba
Ingin terus menggoda
Melempar kata-kata cinta

Masih aku bertahan
Ku tak semudah kau fikirkan
Namun tidak kau bosan
Selalu mahukan perhatian

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Ingin aku hargai
Kesanggupan kau menantiku
Ingin juga ku balas
Perasaan kasih ku lafaz

Masih lagi ku cari
Jika ada cinta di hati
Namun tidak ku temu
Rasa cinta di jiwa ku

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Hentikan saja mengekoriku
Setiap masaalah dan ku tak kau hirau
Tiada cara bisa ku ubah
Kerna tak mudah untuk dikau menyerah kalah

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh No!
Cuba kau memaksa
Apa kau gila!



Komen : Lagu ni memang rancak..best sangat
Sakit kepala la hari ni..rasa tak tertahan plak..nak telan panadol tak tertelan dari tadi..masuk dlm mulut keluar balik masuk lagi tak tertelan..adeihhh susahnya aku nak telan ubat ye..bos xde..pegi Singapore...relax betul aku harini..kan best kalau dia pegi sebulan ke 2 bulan ke..bahagia je rasa..esok petang baru dia balik

Bengang dgn bos aku la..lately ni dia berubah dengan kadar peratusan yang tinggi..hehe..tiba2 je dia berubah menjadi seorang yg sangat berat sebelah..kenapa mcm ni? kami yg depan mata dia kalau ade apa2 yg dia xpuas hati apesal xbgtau dgn ktorg? knape nak bgtau kt staf dia yg nun jauh tu? motif? suka2 dia je nk buat apa kt kami semua..ceh

Marah punya pasal...hari ni aku nak relax je..hehehe..sbb esok confirm aku xbleh relax punya..dia kan pantang tgk we all kt cni duduk ngadap laptop seolah2 xde keje nk buat...tp keje nak cepat je..aishhh beginilah nasib menjadi kuli


tido jap
Hp aku hilang la pulak..silap aku lalai sangat..lately aku sibuk dengan kerja, terkejar2 sana sni, 2 3 hari asyik keluar je so keje opis banyak nak kene setel..disebabkan itu aku sampai terlupa untuk masukkan hp dlm handbag masa lunch tadi..baru beberapa langkah baru teringat..confirm la org dh ambik..xpe la xde rezeki dgn hp tu..nampak gaya kene beli hp baru..tunggu gaji ar..hehe


eh, mcm best la pulak takde hp ni..rasa aman je


ngeeeeeee

2 3 hari letih sikit..keje pun banyak..nak kene buat tu nak kene buat ni..manjang keluar je..sampaikan nak makan pun tak menyempat..haaaaaaaaaaaaa

sekadar gambar hiasan


fuhhhhh
Bos aku baru balik dari India setelah 2 minggu disana..selalunya sebulan dia kat sana..lagi lama dia kat sana lagi aman idop aku..hehehe yela kan sapa tak nak kalau datang keje bos takde..takde rasa tertekan sangat..so tadi dia bagi aku kotak ni..katanya manisan..dalam kepala otak aku bentuk manisan dah tentu yang bulat2 tu..ala macam dalam cite tamil/hindi tu..ekekeke tu dia pengaruh tv sungguh

so bile buka kotak tu dah macam rupa kek pun ada..dah macam rupa kuih pun ye..so ni la dia


mula2 masa nak masuk dlm mulut, ragu2 gak la aku..yela nama pun manisan kot la manis sangat2 ke..then bile dah masuk mulut...sedap juga rasanya..rasa susu pun ada..takdela manis sangat..yang hijau tu tak tau daun apa..macam rasa pedas2 sikit..tapi bile makan byk sangat rasa muak..sbb rasa susu kan..tp ok la..rasanya mmg sedap tak seperti yang aku pikir sebelum ni


slurppppp...aku kenyang sampai malam..hihi




Pagi tadi aku sarapan, minum milo dengan roti..ok la tu..kenyang juga la..pukul 10.30 perut aku dah bunyi2..aku rasa lapar sangat..turun bawah beli roti gardenia ikan bilis tu yang harga 80sen..beli 2 bungkus, sekarang 12.05tgh..perut aku bunyi lagi..alamak sib baik takde sapa dengar..wakakaka

ekkk kenapa perut aku ni? kenapa la asyik minta diisi..memangla aku nak tambah berat badan..tapi kalau macam ni la keadaannya, macam tak berapa betul je..asyik2 lapar je..kang target 53kg jadi 73kg bahaya gak tu..dah satu hal nak turunkan berat badan..dah la aku paling malas nak bersenam bagai..yang aku rajin tarik selimut tutup badan..hihi

Pagi makan pisang pun memang kenyang, tapi hari2 makan pisang mana tahan..nak juga aku makan nasi lemak ke bihun goreng ke cuma pagi2 selalu makan makanan macam tu aku rasa berat sangat..aku akan jadi cepat mengantuk..mula la nanti buat keje pun tah pape je...ermmmm

Aku rasa mcm nak makan aiskrim goreng la..slurrrpppppp..


Aduhhhh nafsu makan aku..semakin membuak..dalam kepala otak ni macam2 aku pikir nak makan ini la itu la..73kg? uishhh seram aku memikir..kuikui





harini baru rasa nak buat..muehehehehe


1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their namesas well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment foreach blogger you've tagged.

2. share 7 facts
- jarang updet blog aku..wakaka
- jarang juga la updet frenster tu semua..kalau bleh nak close tros..hehehe
- suka makan nasi lauk telur goreng je..simple tapi aku suka sangat..bukan maknanya aku malas masak tau..hihihi
- tak suka nak sembang2 gosip dgn membe2 aku..selalu cite pasal game, apa2 jela janji bukan gosip artis..tp kt forum sekali sekala je layan gosip artis
- suka gilerrr babas main boling walaupun tak terer...tp walaupun tak terer xdelah asyik masuk longkang je
- weekend suka dok umah..mmg aku lebih suka dok umah dari merayap entah kemana, buang masa dan duit aku je..kuikui
- idop aku ni keje, balik keje kalau xtgk tv, study (mcm xcaya je aku study..hehe ikut mood la)

3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
- gelak tak hengat donia..confirm xbleh buat menantu
- kuat tido, sbb tu mata lebam mcm org sakit je, entah2 org tgk aku sure ingt aku ni sakit
- kuat makan, tp badan kurus kering, naik tang pipi plak...adesssss
- apa lg?
- entah
- ok cukup 6..kwang2

4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their namesas well as links to their blogs.
- agent yang sesat - aku dah updet blog aku
- zayed - jangan melantak banyak sangat, bahaya..ekeke
- MUMMY KD - walaupun dok dekat, tak pernah bersua muka..ekeke
- KJ - kj, blom beli oven lg, tak bleh nak berguru dulu
- dee_dee - rindu ar kat ko
- Hulubalang -biar btol HB tak updet blog? bz ka? berhabuk dh..uhuk..ekeke
- angah - jangan boring baca blog panda..hihi



Tajuk macam apa je..hehe..apa yang aku tertinggal? aku tertinggal benda penting


My Handphone...

Macam mana boleh tinggal ni? selalunya benda pertama aku masukkan dlm kete ialah hp aku tp hari ni bile bangun pagi, mata sebelah kiri aku membengkak, mmg tak ingat langsung..sampai opis check punya check..mana hp aku? uwaaaaaa rasa mcm nak balik umah je amik hp tp mcm tak berbaloi je..minyak lg tol lg buang masa aku lg..isk isk

Handphone ni penting pd aku sbb kalau jd apa2 kat aku masa nak balik umah atau nk g keje ke, mcm mana? bukan mendoakan tp malang tidak berbau durian kan? lainnya rasa bile hp takde disisi aku hari ni..hehe..tak sabar nak tunggu balik umah padahal jam baru menunjukkan 11.30am..hukhuk
Sejak kerja tempat baru, berat badan makin bertambah. Kalau dulu dengan ketinggian aku ni, berat 46kg tu sangat tak seswaiiii lerr..kurus bebenor..mengikut berat badan unggul, tinggi aku memerlukan berat badan 55kg baru ok..tp sekarang berat aku baru 50kg (target 53kg je)..dalam masa sebulan aku dpt naikkan berat 4kg dengan mcm2 yg aku makan..pagi aku makan, lunch makan lagi, petang makan lagi, malam makan lagi dan lagi dan lagi

Mak kata aku dah berisi sikit..mmg itu target aku sbb 7/3 ni kawan aku kawen..nak pakai kebaya dengan badan kerempeng je xbest lerrr..wakakaka so aku kene naikkan badan aku sikit dengan harapan selera makan aku tak turun sampai 7/3...cuma yg aku fikirkan sekarang, besar kemungkinan 6/3 ni aku dh start test midterm..then mcm mana nk pegi melaka kalau aku ade test? pening pening..kepada bakal laki bini tu (keduanya membe satu kelas masa dip dulu..syukur panjang jodoh korang), maafkan aku kalau aku tak dapat dtg..bukan aku sengaja..korang doakan la ye harap2 midterm test aku tu nnt bukan 6/3

Minggu depan nak jahit baju kebaya..lalalalala dah lama tak pakai kebaya, last aku ade koleksi kebaya masa sekolah rendah rasanya


Bersambung....



Dah seminggu kat tempat baru, so dalam seminggu baru semalam aku betul2 buat keje..sebelum2 ni adalah hari2 yg membosankan je sebab tak byk keje lagi dia bagi kat aku..tp xpela..aku isi masa yg membosankan dengan berchatting..hehehe..bos pun baru semalam aku jumpa dia

kerja : tak boleh nak komen lagi sebab belum dpt buat kerja secara menyeluruh
kawan2 : ok, kat opis tu 3 orang je..aku, sorang pompuan india bahagian HR & Finance dan sorang melayu (akak ni bahagian account)..sangat2 ok, bagi kerjasama dengan aku, ajar aku sampai aku faham..yang tak ok nya dorang selalu tinggalkan aku sorang2 kat opis sbb pi makan walaupun dorg ckp dorg akan kunci pintu sbb kesian aku sorg2..seram woooo..dah la sunyi sepi je..staf dia ramai tp yg ramai tu adalah consultant dan mmg keje xkn dok kat opis..yg dok kt opis ktorg bertiga je..bos pun jarang2 ade (ini yg aku suka sgt..hikhik)
makan : ok, sedap walaupun pada aku mahal la juga dengan hanya nasi berlauk je tp xpela janji aku kenyang..aku amik masa sekejap je tiap kali lunch hour sbb selalu makan sorg2..lepas mkn terus balik opis
lokasi : agak jauh sikit la tp xpela sbb itu opis sementara sebelum aku akan pindah ke opis satu lagi..yg tu dekat sikit dgn umah


bersambung.......




Slam Dunk

Isnin - Jumaat
6.00pm - 6.30pm
Ulangan
Sabtu - 7.30pm - 10.00pm
Ahad - 1.00pm - 3.30pm / 5.30pm - 8.00pm





Anime feveret aku..carta teratas diikuti initial D..aku memang sangat2 enjoy layan anime ni..dan watak feveret aku..jeng jeng jeng hanamichi (si rambut merah) sebab semangat dia memang tinggi dan salah satu sebab semangat dia tinggi ialah dia memang nak kalah kan kaede, satu team tapi tak serasi sebab bagi dia kaede adalah saingan paling besar untuk dia femes dan menjadi jenius bola keranjang..aku suka main bola keranjang tapi tak pernah ade peluang nak main sbb xramai kawan2 aku minat sukan ni dan lagi satu agak susah nak cari port nak main bola keranjang expecially utk gurl..selalu lelaki je yg main dan kaum cina...sebab tu aku suka layan anime ni..meluahkan rasa minat melalui anime...hehehe


Initial D




Lepas balik keje je, kalau takde benda nak buat aku suka layan cite ni..nasib ade kawan yg memahami minat aku..so dia burn kan dlm cd utk aku layan asal ade masa terluang..jimat kos sikit..nak beli yg ori mahal..hehe..memang hilang segala pening2 keje aku..hehe..layan drift pulak la..memang superb..tp kete aku memang tak boleh drift la..tak seswaiiiiii
Next week 21hb adalah hari terakhir aku di sini..di mana? tempat keje sekarang ni la..then aku akan mula bertugas di tempat baru..semalam dah hantar surat cinta dekat bos aku..gigil juga la masa nak ketuk pintu tu..gulp gulp so dengan penuh sopan dan malu-malu kucing aku letak surat cinta atas meja dia

Dia baca dengan muka serius je, tak senyum tak berkata-kata tak bertanya..lama juga la sampai aku tertanya-tanya dalam hati "teruk sangat ke english aku sampai sebegitu rupa reaksi dia" lepas 15min baru dia bersuara

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ekkkkk..apesal bos aku ni? hilang akal ke tanya aku mcm tu?

"Saya dapat peluang yang lebih baik kat tempat keje baru" Padahal nak je aku cakap "bos, saya dah bosan tgk muka bos yang mengerah saya mcm tenaga sy ni tak pernah abis dan sy sgt bosan dgn segala kelakuan bodoh bos tu" wakakaka

"Hang tak adil pada saya, awat hang buat saya lagu ni? Kan kita dah buat perjanjian yang hang takkan cari keje lain bile saya naikkan gaji hang dulu"

Aik, yeke aku penah buat perjanjian dgn dia dulu? ceh, hal naik gaji tu dah berlalu hampir 2 tahun yg lepas..then lepas tu xnaik2 dah pun..asal aku nak berhenti je naik gaji...asal aku nak berhenti je naik gaji..tp naik seciput seciput..ini kali ke 3 aku nak berhenti so aku nekad nak blah juga dari sini selepas kali yang ke 3..ngeh ngeh ngeh..babai Tuan Haji

Dan pagi tadi ade sorang brader kat Jabatan Kejuruteraan tunggu aku, aku tgk muka dia mcm sedih je maybe dia tak sangka aku akan blah juga dari sini..dulu opis aku meriah je tp skang sunyi..aku xkisah pun sbb tu..janji keje aku siap sudah..tp aku rasa aku dh tak boleh nak mengadap tempat keje aku ni..bosan yg amat..brader tu pun paham, aku masih muda, cari lah keje yang betul2 sesuai dgn aku..dia dah tua, so dia akan keje kat sini sampai dah tak mampu utk bekerja..sedih la pulak..hukhukhuk

Bos aku betul2 marah sebab aku berhenti secara mengejut..mengejut la jugak sbb aku 2 minggu je kat sini..selebihnya tolak cuti yang ada..nasib baik cuti banyak lagi..ngeh ngeh ngeh dan semalam dia pegi meeting senyap2 je..gasak ko la tuan haji, nak merajuk ke marah ke apa ke kat aku..oh ya, yg buat bos aku marah sgt tu sbb lepas aku blah xde sapa nak ganti..muahahaha pening dia nak cari pengganti aku..pandai2 la bos aku nak idup nnt


LinkWithin