Pages

Pagi tadi try call mak aku tapi manjang tak jawab..bz sungguh mak aku ni..huhu..then call plak ayah aku..nasib berjawab..aku rindu lah pada mereka



Jumpa mereka sekali sekala buat aku jadi tambah rindulah pada mereka..Tapi depan2 dorang takdelah aku tunjuk aku rindu..ekeke nanti mak aku kata aku dah besar2 pun nak dok bawak ketiak dia lagi..ekkk kakak memang anak mak pun..lusa mak balik kajang..dah memang seminggu sekali kedua orangtua aku balik kajang sebab nak balik selalu tak larat sbb jauh..pengorbanan kedua orangtua aku semata2 mencari rezeki yang halal

Patutnya parents la tunggu anak balik umah...ni terbalik pulak..apapun alasannya mak pernah ckp yang dia bersyukur sbb anak2nya pandai jaga diri dan dia sentiasa berharap anak2nya tak berperangai mcm anak terbiar je walaupun selalu kene tinggal..sob sob


pagi ni aku sayu mengingatkan mereka


sejak kaki aku sakit ni, dah macam-macam kaedah la aku buat untuk kurangkan sakit. vitamin la gamat la semua aku dah telan sampai kadang2 badan aku rasa tak boleh nak terima apa2 ubat dah..huhu..then bulan lepas aku pergi satu klinik ni..nama klink tu klinik dinamik terletak sebelah taman perumahan aku..so check punya check doktor ni punya la banyak soal (dh mcm polis pun ada..hehe)..tanya dulu aku buat apa sampai kaki jadi mcm ni..kenapa bersukan tak ikut tertib kunun2 aku tak panaskan badan dulu la apa la..kenapa main hoki tak hati2 la..lerrrrrr apa kes plak doktor ni..pong pang pong pang 10 min dia bebel dan yang paling buat aku nak tarik muka ngan dia sbb boleh dia kata aku ni aktif sangat tak elok untuk anak dara..benda dh lepas la doktor oiii..aku datang nak wat check up kaki dia plak bantai bebel kat aku..then dia bagi aku satu vitamin dengan satu pil (actually aku ada masalah untuk telan pil la..selalu telan ubat air je..hehe)..still sakit juga kaki aku...minggu lepas sebelum bertolak ke JB aku pergi lagi ke klinik tu sbb nak bagitau la konon kaki aku masih takde pape perkembangan..doktor tu minta aku minum air 100 plus byk2..kalau boleh satu bulan satu kontena aku kene minum..buat lawak pulak dh doktor ni...hangin je aku



so now dekat 2 minggu aku telan je 100 plus ni hari2..sedap la plak sampaikan aku rasa air ni dh jadi air yg penting selain air kosong..dan doktor juga suruh aku berbasikal hari2 lepas waktu bekerja sebab bagus untuk kaki..mana la aku nak berbasikal area umah aku..dah tentu2 aku kene kejar dgn anjing gile nanti..so far kaki aku dah kurang sakit la cuma kdg2 waktu hujan terasa ngilu je kat tulang2 lutut...huhu

apepun tunggu je la 2 3 bulan ni mcm mana..harap2 kurangla kekerapan sakit kaki ku ini

Semalam aku pegi dengan mak aku ke UTM Johor untuk konvo adik perempuan aku..so aku drive la memandangkan ayah aku tak dapat cuti nak jenguk anak dia konvo (sian ayah aku beria2 nak tengok anak dia konvo, nasib mak aku bagi semangat kat ayah aku)..ni 1st time aku drive sorang2 ke Johor (pada aku sangat jauh dan memenatkan occay)

Gerak dari kajang pukul 5.40pagi (dah bagitau mak aku pagi sangat tapi mak aku sangat excited mengalahkan adik aku plak yg nk konvo..hehe tapi adik aku dah gerak sehari awal dari kami)..Sepanjang perjalanan, berhenti dekat pagoh untuk b/fast dan berhenti kat JB untuk salin baju sbb rimas nak pakai cun2 drive 5 jam tu


suasana bawah khemah yang agak panas



ibubapa yg tak sabar2 nak tengok anak mereka naik pentas


adik orang yang ke 7 naik pentas..tgh berbaris kat tepi tunggu turn



tamat pada pukul 5.30 petang..walaupun hujan tapi penat mengatasi segala..fikir nak balik kl cepat redah juga hujan..masa nak balik ni la tak sangka kaki kanan pulak yang sakit tiba-tiba (mcm biasalah sakit tu dh dtg balik)..perjalanan 4 jam jadi 5 jam setengah sebab selepas berhenti kat hentian ayer keroh, sepanjang ada hentian tu kami berhenti sebab kaki dah tak rasa pedal..mak dah risau so dia suruh rehat 15 minit dekat setiap perhentian...dalam hati aku ni dah gabra semacam sbb takut xsempat sampai umah tp mak suruh banyak2 berdoa semoga dipermudahkan semua

dan alhamdulillah jam 11 malam sampai jua kami di rumah..syukur semua selamat
dan tak sangka aku boleh drive sejauh tu..hehehe peace


nak sambung rehat...daaaaaaaaaa



20.11.2008 - Khamis


Genap usia aku 24 tahun
Pejam celik pejam celik je aku dah 24 tahun
Bujang
Bekerja makan gaji
Masih meneruskan pengajian jarak jauh


Itu je ke? Ok tahun depan tengokla macam mana..harapnya ada la perubahan..hehe
Oh ya, pagi ni aku lupa sebenarnya hari ni aku dah 24 tahun, tapi student practical aku tiba-tiba datang bilik aku bawak kek, terpinga-pinga juga la aku kenapa dia bawak kek..ok rupanya besday aku..hepi besday to me

sekadar gambar hiasan
Petang tadi memandangkan xde aktiviti yang menarik nak buat, so layan drift kat bukit jalil..lewat sikit sampai kat sana dalam kul 5 petang, so kete2 yg join drift kebanyakan kete2 lama..maybe yg join kete2 workshop..kalau datang awal sikit maybe boleh tgk kete yg cun2 drift..tp xpela aku tetap enjoy layan drift kat Bukit Jalil








next week ada lagi..so kalau ada kesempatan nak tengok aku tak kan lepaskan peluang tgk drift..dengar2 byk lagi kete yg akan join drift
aku adalah salah seorang dari berjuta2 pengguna prepaid maxis..hehe tak mampu nak pakai line (sebenornya xmo pakai pun walaupun ade line company)..dan semua pengguna prepaid maxis sedia maklum akan mesej2 yang tah pape yg hotlink hantar

hari ni saja aku dapat 10 mesej sampah dari hotlink..adeihhh bikin aku sakit jiwa sajork..selama ni pun memang dapat juga mesej2 sampah ni cuma hari ni entah kenapa aku cukup marah sampai rasa nak baling je hp aku..maybe disebabkan kaki kiri aku ni sakit (esok2 sure belah kanan plak yg sakit..huhu) so emosi tak berapa nak stabil

macam mana aku tak nak maxis hantar mesej2 sampah ni? tolong jangan bagi cadangan untuk aku tukar no sbb dah banyak kali aku tukar sampai kawan2 lama aku pun ade yg dah lost contact..nasib ade frenster utk aku jumpe kawan2 lama aku..nak ignore pun xbleh sbb bile ade mesej baru je aku akan tgk sekali mesej2 sampah ni..yela dah satu inbox kan mesti akan nampak punya..kene call maxis ke? aishhh serabut ar

tido lagi best...daaaaaaaaaaaa
korang boring tak masuk blog aku? kadang-kadang aku boring la masuk blog sendiri..wakaka sebab menulis sekali sekala je..actually bukan la xde cerita nak letak kat blog ni cuma susah nak jumpe masa yang sesuai untuk aku bercerita..ada saja halangan tiap kali nk menulis..so dari aku menulis perkara-perkara yang merepek lebih baik tak menulis langsung dan dalam masa yang sama blog aku ni kadang2 mcm antara wujud atau tak je..atau dalam erti kata lain orang akan melihat yang aku ni pemalas nak menulis..muehehehe

dan aku rasa entry yang ni pun salah satu entry yang merepek-repek juga la kot..takpe la dah memang lumrahnya aku suka merepek-repek tah pape je..kaki aku dah start sakit balik..nak jalan pun dah macam orang tempang je..kesan aku main sukan dulu..baru terasa kesannya sejak kebelakangan ni..tu tandanya nak suruh aku kurangkan berjalan la tu..ngeeee
Maka berakhirlah satu sem aku untuk PJJ ni..sangat stress dengan keje lagi study lg..mmg kene kuat semangat..kadang2 balik rumah dah penat, nak study pun xde mood..bak kata membe aku hormon study belum sebati lagi kat dalam diri aku..wakaka..sabar je la..masa last paper tu sembang la dengan senior2 aku yg dah sem 7 dengan 8..mcm2 dorang cite..mula2 1st sem tu ramai dan makin lama tinggal berapa kerat je..ade tu yg dari bujang sampai kawen sampai dah beranak semua..ade yang meninggal pun ada..mcm2 dorang cerita..yg bestnya dorg dah sampai penghujung sedangkan aku baru nak bermula..satu pesan kakak2 senior, semangat kene kuat sbb kita bekerja sambil belajar..semoga aku kuat semangat..apa pun lega dah satu semester dah abis..hehe

LinkWithin