Pages

Macam mana boleh hilang ni..cari punya cari tak jumpa2..yg peliknya adik badik aku yg lain ade je padahal mak aku cakap letak kat satu tempat

Apa yang hilang? Sijil lahir aku daaaa..adeihhh malas betul nak pegi JPN ni..kene apply cuti la nampaknya..pegi JPN kajang je la...dekat je..


lepas ni apa lagi yang hilang pun aku tak tau la
Kaki kiri aku sakit lagi...uwaaaaaaaaaaaa
setelah lama tak sakit, bangun pagi tadi aku rasa macam kebas2 kaki kiri, nak berdiri pun tak boleh, tapi aku kene datang juga keje sbb ade isu yang patut aku selesaikan hari ni juga..kalau tak sure aku dah mc harini..nak jumpa ke tak ye doktor tu..ermmm mesti dia tanya aku ikut tak apa yang dia sarankan..masalahnya aku dah lupa apa yang dia cakap aku kene buat dan apa yang patut aku tak buat..yang pasti memang aku kerap juga minum air berais ni..huhuhu

malam ni kalau tak ok juga lagi kaki aku ni..esok aku mc arr...kebetulan bos aku takde..oustation seminggu..hehehe..adoi adoi adoi kaki aku sakit balik....makkkkkkkk (macam budak2 panggil mak)

pada yang tak tau lagi kenapa kaki kiri aku sakit, sebab dulu masa sekolah aku sangat aktif bersukan (merentas desa, 100m, 200m, lompat jauh, hoki, bola tampar)..dan maybe kaki ni sakit sbb penah kene rembat dengan kayu hoki dulu kot..so paham2 jela kan..dan aku juga penah jatuh moto yang takde sapa pun tau walaupun mak ngan ayah aku...huhuhu (takut nak bgtau sebenarnya)





13 Jun 2009 - Tarikh persandingan ex bf aku..dengan sapa pun dia berkahwin, walau apa pun jua yang dia lakukan, aku doakan la semoga dia bahagia hendaknya walaupun hakikatnya aku tau yang dia tak bahagia dengan keadaan sekarang..nak menyesal pun tak guna..benda dah lepas dah tak boleh nk putar balik..walau mcm mana aku usaha sekalipun hubungan aku dengan dia, kalau jodoh takde, memang tak kemana

Aku terima hakikat tu dengan lapang dada walaupun satu tika dulu aku tersangat geram la dengan layanan dia pada aku, dengan keputusan dia memutuskan hubungan kami semata2 mengikut kehendak org tua dia la kononnya, ah malas la nak pikir buat sakit hati aku je..3 tahun bukan satu masa yang singkat pada aku..walaupun dia mengatakan seribu kali dia tak bahagia dengan apa yang akan berlaku sekarang, aku nasihatkan juga dia banyak bersabar dan terus berdoa agar semua berjalan lancar

Bile orang bertanya, aku nak datang ke kenduri dia? Mestilah aku datang sebab dijemput..takde sebab aku tak datang sebab dia adalah masa lalu aku..tak kose aku nak marah2 sebab benda tu pun dah lama jadi..


Selamat bakal menjadi pengantin baru...



Ingin aku bertanya
Tidak jemukah kau mencuba
Ingin terus menggoda
Melempar kata-kata cinta

Masih aku bertahan
Ku tak semudah kau fikirkan
Namun tidak kau bosan
Selalu mahukan perhatian

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Ingin aku hargai
Kesanggupan kau menantiku
Ingin juga ku balas
Perasaan kasih ku lafaz

Masih lagi ku cari
Jika ada cinta di hati
Namun tidak ku temu
Rasa cinta di jiwa ku

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Hentikan saja mengekoriku
Setiap masaalah dan ku tak kau hirau
Tiada cara bisa ku ubah
Kerna tak mudah untuk dikau menyerah kalah

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh No!
Cuba kau memaksa
Apa kau gila!



Komen : Lagu ni memang rancak..best sangat

LinkWithin