Pages

Next week 21hb adalah hari terakhir aku di sini..di mana? tempat keje sekarang ni la..then aku akan mula bertugas di tempat baru..semalam dah hantar surat cinta dekat bos aku..gigil juga la masa nak ketuk pintu tu..gulp gulp so dengan penuh sopan dan malu-malu kucing aku letak surat cinta atas meja dia

Dia baca dengan muka serius je, tak senyum tak berkata-kata tak bertanya..lama juga la sampai aku tertanya-tanya dalam hati "teruk sangat ke english aku sampai sebegitu rupa reaksi dia" lepas 15min baru dia bersuara

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ekkkkk..apesal bos aku ni? hilang akal ke tanya aku mcm tu?

"Saya dapat peluang yang lebih baik kat tempat keje baru" Padahal nak je aku cakap "bos, saya dah bosan tgk muka bos yang mengerah saya mcm tenaga sy ni tak pernah abis dan sy sgt bosan dgn segala kelakuan bodoh bos tu" wakakaka

"Hang tak adil pada saya, awat hang buat saya lagu ni? Kan kita dah buat perjanjian yang hang takkan cari keje lain bile saya naikkan gaji hang dulu"

Aik, yeke aku penah buat perjanjian dgn dia dulu? ceh, hal naik gaji tu dah berlalu hampir 2 tahun yg lepas..then lepas tu xnaik2 dah pun..asal aku nak berhenti je naik gaji...asal aku nak berhenti je naik gaji..tp naik seciput seciput..ini kali ke 3 aku nak berhenti so aku nekad nak blah juga dari sini selepas kali yang ke 3..ngeh ngeh ngeh..babai Tuan Haji

Dan pagi tadi ade sorang brader kat Jabatan Kejuruteraan tunggu aku, aku tgk muka dia mcm sedih je maybe dia tak sangka aku akan blah juga dari sini..dulu opis aku meriah je tp skang sunyi..aku xkisah pun sbb tu..janji keje aku siap sudah..tp aku rasa aku dh tak boleh nak mengadap tempat keje aku ni..bosan yg amat..brader tu pun paham, aku masih muda, cari lah keje yang betul2 sesuai dgn aku..dia dah tua, so dia akan keje kat sini sampai dah tak mampu utk bekerja..sedih la pulak..hukhukhuk

Bos aku betul2 marah sebab aku berhenti secara mengejut..mengejut la jugak sbb aku 2 minggu je kat sini..selebihnya tolak cuti yang ada..nasib baik cuti banyak lagi..ngeh ngeh ngeh dan semalam dia pegi meeting senyap2 je..gasak ko la tuan haji, nak merajuk ke marah ke apa ke kat aku..oh ya, yg buat bos aku marah sgt tu sbb lepas aku blah xde sapa nak ganti..muahahaha pening dia nak cari pengganti aku..pandai2 la bos aku nak idup nnt


0 comments:

LinkWithin