Syukur alhamdulillah..dah boleh menarik nafas lega kami sekeluarga..adik dah selamat balik ke pangkuan keluarga..semakin kurus dia..sedih pulak tengok keadaan dia..apa pun harapnya semua kembali seperti sedia kala
boleh la malam ni mak tido dengan lena tanpa linangan airmata ;)
Hari ni dah masuk 4 hari adik aku tak balik rumah..kami sekeluarga dah mula risau kalau apa2 jadi pada dia..tadi pun dah buat police report..kalau ada apa masalah, bagitau la kat kami ni..jangan lah buat kami risau..setiap saat aku tengok mak aku menangis je mengenangkan adik aku..sedih pulak tgk keadaan mak..paling kesian tengok mak bile malam je, asal dengar bunyi enjin motor, mak akan turun tengok samada adik balik atau tak..cuma malam ni mak nampak lebih tabah..kadang2 bila aku cuba menahan diri untuk tak menangis, terlepas juga airmata ni.
Dugaan untuk kami sekeluarga. Kami redha. Esok akan berusaha untuk cari adik lagi. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Ni latest picture dia. Gambar ni pun aku ambil kat myspace dia. So far ni yang paling clear la..harapnya adik berada dalam keadaan yang selamat...amin
Pada sapa2 yang nak beli tudung saji ni, sila contact sendiri seller dia..aku tolong promote je ni Member aku suruh promote sebab aku order sebijik je..yang besar warna biru Kalau ramai yang order area KL/Selangor...berbaloi juga nak hantar
You may proceed to check your summons details and make payment at xxxxxxxxxxxxxx
Thank you for using MyEG services
Regards, Team MyEG
kene bayar cepat2 ni...road tax pun nak expired hujung bulan April ni...kene saman la sebab bapak aku jemput kat LCCT mase trip bulan lepas naik kete aku..so dia park kat depan tu..dia kata kejap je tinggal..aku kata mana bleh tinggal2 mcm tu je...uwaaaaaaa
Hari ini aku nak bercerita mengenai teh susu..aku suka minum teh susu..cuma lately ni aku rasa badan aku tak boleh menerima teh susu expecially minum masa breakfast..sebab lepas sejam aku minum, badan aku rasa lemah, menggigil dan rasa macam nak muntah pun ada..start bulan lepas aku mengalami tanda2 seperti aku nyatakan tu
Mula2 ingatkan mungkin perut aku kosong sebab tu jadi macam tu..tapi hari ni aku breakfast bihun goreng dengan teh susu, tetap juga badan aku rasa lemah je, menggigil macam orang ketakutan, seram sejuk pun ada dan macam nak muntah..bila dah jadi macam ni, at the same time selera makan aku pun terus hilang..akan bawa sampai ke petang..kenapa jadi macam ni? sebab muak ke?
So lepas ni aku hanya akan minum teh susu lepas lunch hour je la. Aku tak suka kopi atau nescafe..nak tak nak layan milo je la bila nak breakfast tu..masa menulis entry ni pun, jari jemari aku masih lagi menggigil dan rasa lemah je...ermmmm
Memandangkan minggu ni boss aku pun takde..maknanya ini lah masa kami..kenapa kami? sebab bekerja dengan hati yang senang, takde pressure sana sini, bila2 lapar pergi je cafe..dan yang bestnya boleh balik awal...lalalala betapa nikmatnya masa2 sepanjang minggu ni
Dari pagi sampai sekarang, rasanya kerja yang aku buat cuma satu je tu pun dah aku bereskan pagi tadi..so aku pun search la macam-macam sampai la aku stick to one topic only..apa lagi..kerja kosong la..hahaha fuhhh semangat la konon nak cari peluang2 kerja mana tau ada yang best ke..isi form sana sini sekali satu je aku terlupa...benda yang sangat penting...RESUME
Dah malas nak tengok kerja kosong, aku search plak macam mana nak buat masker sendiri..sekali sekala manjakan kulit muka anda dengan bermasker (kalau ikut kan aku jarang la pakai masker kat muka..tak rajin tapi rasanya kene juga la ni sebab kulit muka dah tak berapa cantik..ngeee)
Pupur Mentimun Boleh gunakan pupur ini untuk menyegarkan wajah. Jika diamalkan, kedutan pada wajah akan berkurangan. Bahan: 1 biji timun (kecil) 1 atau 2 sudu susu tepung 1 sudu madu sedikit ais Potong timun dan dikisar halus. Tambahkan susu, madu dan ais. Kisar hingga halus, kemudian dioles pada wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit, barulah bersihkan dengan air suam dan diikuti dengan air biasa.
tak ubah berbunga lalang rendahnya pandanganmu padaku yang amat memerlukan
kegersangan sekeping ranting harapkan setitis embun agar basah hidup ini
aku yang terbiar sejak mula lagi puas ku merintih puas ku berduka
kuhanya mampu berserah beserta doa harapan ubahlah haluan hidup ini
reff: demi cinta yang menyala kurela menggengam bara api demi kasih yang mengharum sungguh aku rela biar pun pada pandangan seperti bunga yang layu terbuang namun kau pasti tahu semua kerna aku masih lagi setia padamu biarku menangis seumpama pengemis
ulang reff
kuhanya mampu berserah beserta doa harapan ubahlah haluan hidup ini
ho ho.. ho ho... ho ho.. ho ho.. ho ho... ho.....
Notatangan : aku minat dengan suara Tila ni...sedap je dengar
Dah lama rasanya blog aku tak bertukar baju..so harini, pagi ini aku free sikit selepas buat assignment..cari punya cari jumpe template ni..tak adelah bosan sangat blog aku ni..aku sendiri pun boring tengok blog aku, ini kan pulak orang lain..harapnya lepas ini aku semakin bersemangat nak update blog aku dari terbiar bersawang je
pastu pegi taman buaya plak..buaya pon pegi sekolah taw....hahaha..siap kene denda dok kat luar lagi...ni nama dia crocodile school..actually taman buaya ni pun ade sekali kat dalam tiger zoo tu..mula2 ingat ade harimau je..jalan depan sikit rupanya ade buaya juga cuma buaya kecik2 je
orang utan tengah berfikir..apa la agaknya yang dia fikir..nak ambik gambar kat sebelah dia aku takut2 sebab kalau la dia letak tangan dia kat belakang aku...sesak nafas dibuatnya nanti...dah la pakai baju sama kaler plak dengan aku
scorpion girl..nak ambik gambar bayar 200baht...dalam tiger zoo ni mana2 yang nak ambil gambar dengan haiwan2 terpilih, bayar 200baht..tapi untuk yang ni aku tak sanggup la walaupun aku berbintang scorpion..hahaha
carbaret night...ingatkan family show..sekali masuk kenapa plak seksi2 semua penari2 dia ni..baru aku tau dorang ni semua fake je..tapi serius aku cakap..cantik betul dorang ni..kalah model2 sedia ada
elephant show time..tengok gajah2 dilatih main basikal, football, netball, mcm2 lagi la tapi time ni hujan lebat sekejap
banyak lagi tempat aku pegi..apa boleh aku kata, bangkok ni lebih kurang Malaysia je..tapi sbb pegi sana pun FOC, keluar duit untuk shopping je..so berbaloi2 la..hehehe